Friday, April 29, 2011

Baldi Musykil

Okay. Lepas masak dan makan, aku pun gi la besen nak cuci mangkuk-mangkuk ni kan. Kat besen tu dah ada baldi orang. Aku pun angkat la letak tepi sebab nak guna besen tu.

Lepas basuh, aku terpandang kat baldi tu. Baldi tu buat aku termenung kejap. Aku pun gi amik gambar dan upload.



Bila tengok je baldi ni, aku rasa sangat musykil. Sini blok lelaki okay. Aku pun fikir beberapa kemungkinan bila tengok baldi ni.

Pertama - Kakak punya baldi. Atau pun adik pompuan punya baldi. Dia pun guna la untuk basuh baju kan. Atau..

Kedua - Pinjam member pompuan punya baldi. Hmmm...ada ke laki pompuan kawan cenggitu? Musykil. =.=

Ketiga - Tertukar baldi kat dobi. Disebabkan baldi sama biru. Dia pun terlepas pandang. Balik bilik je baru sedar, "eh eh, salah baldi lak". Ataupun lepas seminggu baru sedar. Tapi takkan la dia nak guna dobi kalau nak basuh guna tangan kan? Musykil. Musykil. =.=

Keempat - Terjumpa baldi tu kat tepi longkang. Atau memana. Mungkin ada pompuan tertinggal baldi tu kat luar. Pastu ada pompuan lain main bola sepak sampai baldi tu masuk kawasan lelaki. Lelaki bertuah ni pun ambil dan hargai keemasan yang ada. (em....entah la)

Kelima - Mungkin dia curi. Dia minat gila kat sorang pompuan ni. Bila ada peluang je, dia cepat-cepat curi baldi tu senyap-senyap. Sampai je bilik, fuh betapa gembiranya dia dapat baldi wanita idaman dia. Hari-hari tidur pun peluk baldi tu. Basuh baju dengan baldi tu, makan nasi dengan baldi tu, bangun setiap pagi je cium baldi tu. (euwwww....) =.=

Keenam - Mungkin dia sengaja tulis nama pompuan tu kat baldi tu. Disebabkan dia sayang gila-gila kat awek dia, dia pun tulis la nama kat baldi dia. Supaya hilang letih bila tengok nama dia kat baldi tu bila basuh baju. (peliknya. Tapi sweet gak) >.<

Ketujuh - Ada pompuan menyamar jadi laki dan tinggal di blok laki. Pergh. Sapekah gerangan halnya?

Pada pendapat korang ar, yang mana ek...ke ada pendapat lain?

Day One : 10 Things About Me

One : Suka main game. Buat masa ni suka main fiesta dan counter strike. Fiesta ialah game MMORPG online. Walaupun game USA, ramai budak Malaysia main tau.

Two : Alergi makanan laut. Masa first time kena, doktor kata, "Nasib baik cepat bawa jumpa saya. Kalau x, dua jam lagi nak mati." Cuk.......kena suntik. ARrrrr. xD

Three : Sangat suka programming. It's so awesome. :D

Four : Suka baca komik. Komik grafik Malaysia dan jepun punya. Lawak ke, cinta ke, fantasi ke, layan~~~

Five : I looked like chinese. Ada yang kata jepun. Ada yang kata korea. For me, it's okay. I like it. :P

Six : Suka duduk bilik je. Malas nak keluar sebab x suka nak bazir duit.

Seven : Baju-baju semua baju aktiviti je. Malas ar nak beli baju lain. Baju aktiviti je pun dah banyak.

Lapan : Mata gatal. I like boobs so much. Badan sape yang slim dengan booby dia molek, fuh. Kalau dengan muka comel, fuuuuh. I like~~ :D

Sembilan : Very short memory. Yang baru kenal tu gerenti lupa di kemudian hari.

Sepuluh : Rabun silau tinggi. Lagi terang cahaya persekitaran, lagi x nampak. Masa malam-malam, bila kereta lalu je mesti x nampak apa-apa terus. Memang x boleh drive malam ar. X nampak.

Thursday, April 28, 2011

Kontroversi Open Minded




Bagi aku, open minded ni memang la bagus. Tapi kan, kena la bertempat. Dan setiap sesuatu tu kena ada hadnya.

Wednesday, April 27, 2011

Hantu Kepala Paip




Pada beberapa belas tahun yang lalu, seorang wanita tinggal sorang-sorang di Johor, di kawasan pedalaman yang agak baru. Iaitu, di Taman Flora Heights, Pasir Gudang.

Wanita ni namanya Yani. Dia selalu ulang alik dari kerja dengan berjalan kaki seorang diri. Dari rumah ke tempat kerja ada dalam 3 kilometer. Jalan tu ada lampu yang berfungsi, dan ada gak yang x berfungsi. Kiri kanan memang hutan je. Setakat ular je, memang aku pun x hairan. Tapi sampai harimau bintang pun ada orang pernah jumpa. Beruk tu, tengok diorang ar nak lepak mana.

Yani orang Melayu, sangat cantik dan manis orangnya. Entah kenapa dia boleh selamba gila naik turun bukit ke rumahnya dengan penuh selamba. Ada ke wanita berani gila macam tu? Memalam lak tu.

Disebabkan beberapa orang yang selalu lalu situ dan terpesona dengan Yani, ada yang mula pasang niat jahat.

Tiga orang laki ni dah plan jahat dah. Malam tu, Yani pun lagi sekali balik rumah seorang diri. Laki bertiga tu pun culik la Yani, dan rogol Yani tu puas-puas.

Disebabkan takut kantoi, diorang pun potong la badan Yani ke beberapa kerat. Lepas tu, bungkus dan buang di tempat pengumpulan sampah di atas bukit.

Entah bila, akhirnya ada orang jumpa mayat Yani. Memang sangat bersimpati dengan Yani. Punca pembunuhan memang diketahui. Memang diketahui yang Yani telah dirogol sebelum dibunuh selepas pemeriksaan mayat dibuat.

Akan tetapi.....antara kerat-kerat mayat yang dijumpai, kepala je yang xde.

Kalau korang pergi tanya orang-orang lama Taman Flora Heights, diorang tau pasal kes perjumpaan badan mayat ni. Dan kalau korang tanya orang-orang lama di Flatlet sebelah SMKBSA, diorang tau pasal 'hantu kepala paip'. Flatlet tu terletak 3km dari Taman Flora Heights tu.




.............................



Kamil merupakan seorang pelajar SMKBSA. Dia tinggal di Taman Flora Heights. Dia pun ada dengar la cerita pasal perjumpaan mayat tanpa kepala tu. Dia selalu gi sekolah naik basikal atau jalan kaki. Kalau basikal pancit atau rantai terkeluar ke apa, dia pun terpaksa la jalan kaki.

Kamil tinggal sorang-sorang. Mak dia tinggal di tempat yang jauh, kerja dan hantar duit kat dia tiap-tiap bulan untuk sara hidup. Kamil pun call la mak dia.

Kamil minta mak dia hantar duit lebih, sebab dia cadang nak sewa rumah di flatlet sebelah sekolah tu. Senang sikit. Xde la penat sangat nak study. Lagipun tinggal dua bulan nak SPM. Mak dia setuju. Dia pun gi la cari rumah sewa, dengan pertolongan pakciknya.

Lepas dapat sewa rumah, dia belum lagi pindahkan barang. Lepas sekolah dia terus gi tidur di rumah tu kosong-kosong untuk satu malam. Tapi malam tu sangat pelik.

Kamil terdengar bunyi kucing dalam rumahnya. Bunyi tu seolah-olah datang dari dinding. Seolah-olah dinding yang buat bunyi meow meow. Macam nak panggil Kamil. Kamil rasa sangat pelik dan bingung. Rumah tu kosong. Apa pun xde dalam rumah tu. Dah bersih. Ada beg dia je. Dia tidur atas tikar yang baru beli.

Kamil pun tidur. Dia mimpi yang dia sedang berada di depan sesebuah gua. Sekeliling gua tu hutan. Langit masa tu kuning oren warnanya. Entah nak subuh ke nak maghrib.

Kamil pun masuk la gua tu. Dia tengok tepi-tepi gua tu penuh dengan tengkorak. Dan Kamil merasakan seolah-olah ada sesuatu yang sedang bercerita dalam kepalanya.

Tiba-tiba dia terbangun. Tengok-tengok dah tiga pagi. Dia terus gi buka lampu. Dan dia rasa pelik. Macam ada sesuatu yang cuba memanggil dia dari tandas. Pastu dia pun buat bodoh. Dia fikir kena tidur cecukup sebelum sekolah pagi nanti. Dia pun sambung tidur balik.





.............................




Lepas sekolah, dengan pakciknya, Kamil pindah beberapa barang keperluan ke rumah sewa. Lepas selesai, dia pun turun kejap nak lepak-lepas minum air semua tu.

Pastu ada beberapa orang budak ni tanya, "abang baru pindah sini ke?". Kamil pun mengiyakan soalan budak tu. Budak tu tiba-tiba bagi amaran, "Bang kena jaga-jaga bang. Blok ni ada hantu kepala paip. Lagi-lagi kat tingkat tiga hujung tu".

Kamil pun pelik. Memang situ la yang dia sedang tinggal. Sebelum ni penyewa ada kata, rumah tu dah bertahun-tahun lama xde orang sewa.

Tapi itu cerita budak je. Kamil pun buat bodoh.

Kamil pun tidur la di rumah sewa tersebut. Lagi sekali, dia didatangi mimpi yang sama. Dan bangun pukul tiga pagi. Tapi dia buat bodoh. Dia x percaya hantu semua tu. Karut sangat bagi dia.

Pada malam ketiga, dia didatangi lagi mimpi yang sama. Dia pun bangun lagi sekali pukul tiga pagi. Tapi dia terkejut. Tiba-tiba ada sorang pompuang dalam baju kurung putih menangis-nangis sebelah dia. Kamil x nampak muka dia, sebab ditutupi rambut.

Tiba-tiba Kamil terbangun semula. Rupanya tadi tu mimpi. Dah ada perkembangan la pulak mimpi dia. Jam menunjukkan pukul tiga pagi. Dia pun terasa lagi macam ada panggilan dari tandas. Tapi kali ni siap ada bunyi air menitik-nitik.

Dia pun pergi la tandas tu dan tutup pili air ketat-ketat. Tandas tu, tangki air besar terletak di atas kayu. Bawah siling air tangki tu. Kamil rasa macam ada panggilan dari tangki air tu. Tapi dia rasa takut sangat nak pandang atas. Dia pun tutup je tandas tu dan sambung tidur semula.

Pada malam keempat, sebelum tidur, dia tulis kisah seram yang dia alami dua tiga malam ni. Semasa menulis, Kamil rasa seolah-olah ada orang di sebelah tengah tengok apa yang Kamil tulis. Bulu roma Kamil agak meremang masa tu. Tapi dia x berani toleh ke sebelah dan tengok. Dia tengah rasa sangat takut.

Kamil pun tutup mata dan baca al-fatihah, al-ikhlas, dan memacam dalam hati. Lepas rasa redha je, dia pun gi tidur. Lampu x tutup pun.




.............................




Di malam yang seterusnya, mimpi yang sama datang lagi. Bangun pada tiga pagi lagi. Dan, bunyi air menitis lagi sekali di tandas.

Dia pun gi la kat tandas tu. Masuk tandas tu dan cuba tutup pili air tu. Tapi pili air tu memang dah ketat. Tiba-tiba....

"Splash....." (bunyi air tumpah)

Kamil pun basah. Air dari tangki atas dia tumpah. Dia pun pandang atas. Dia pun pelik macam mana tangki tu boleh dijatuhkan ke tepi dan tumpahkan air tu.

Dia terasa-rasa ada panggilan dari dalam tangki tu.

Dia pun pergi ambil tangga dan panjat nak tengok apa yang ada dalam tangki tu.

Kamil sangat terkejut. Dia terjumpa kepala yang hampir tinggal tengkorak je, dan rambut-rambut panjang yang melekar-lekat di dasar tangki.

"Selama ni aku mandi, cibuk semua guna air mayat ke????"

Kamil pun lapor polis. Siasat apa yang berlaku. Rupa-rupanya kepala arwah Yani di situ. Dan kes ditutup.

Melalui polis Kamil dapat tau. Dulu, ketiga-tiga pembunuh tu akhirnya berjaya ditangkap. Diorang selalu buat aktiviti hisap dadah kat rumah tu. Di rumah itu la diorang diberkas.

Entah apa motif laki bertiga tu letak kepala arwah dalam tangki. Pelik betul.

Rupa-rupanya selama ni arwah Yani nak minta tolong Kamil supaya jumpa kepalanya. Setiap yang terjadi pasti ada sebabnya.


**p/s : cerita ni hanya la rekaan semata-mata. Xde kaitan dengan sesapa. Haha. :P