Sunday, December 6, 2009

Bab 2


(sambungan dari bab 1 )
....................................................................
....................................................................

Semasa tingkatan 5, aku selalu je pergi CC surf internet. Hari-hari aku surf macam-macam. Ada sekali tu, aku sesaje taip masuk nama penuh aku. Bila klik search je, ada link ke laman web ayah aku. Terkejut gak aku. Aku pun, klik la link tu dengan penuh perasaan ingin tahu.

Klik je, aku agak terkejut. Dalam laman web tu, dia tulis pasal personal info ayah aku. Gambar dia pun ada kat situ. Yang lagi aku terkejut, nama mak aku adalah isteri kedua ayah aku. Then senarai nama aku dan abang-abang aku ada sekali dalam personal info laman web tu. Aku memang sangat, sangat terkejut. Aku ada 3 kakak tiri? Ada 3 lagi adik tiri? Ish... Ayah aku ada kahwin lain? Apa dah jadi ni? I know nothing about this.

Aku teringat balik satu masa tu, masa form 3, masa duduk dengan mak aku tu. Dia ada bawak aku dan abang-abang aku pergi jumpa seorang lelaki ni. Aku tak kenal pun. Aku siap panggil dia uncle. Aku ingatkan dia ni kawan mak. Mak aku kata, itu ayah aku. "ayah?...", bisik hati aku. Mak ni bergurau je kot. Tak ada rasa apa-apa pun.

Bila termenung je kat laman web tu, aku tertanya lagi. KaLau ayah aku meninggal sejak aku umur 2 tahun, tak logik la aku boleh ada 3 adik tiri. Memang aku dah besar-besar mata aku gi tengok betul-betul kat skrin komputer tu. Nama adik-adik tiri aku tu, belakangnya nama ayah gak. So, sempat lagi la ayah buat adik tiri ni.

Aku tengok kat laman web tu, ada email pembuat laman web. Pembuat laman web tu, aku tak pasti siapa. Aku contact la email tu. Tanya siapa dia. Lepas beberapa hari, ada reply la pulak. Dia sebut nama penuh dia, memang sama dengan nama ayah aku. Aku pun perkenalkan la diri. Tapi masih percaya tak percaya. Aku pun gi bincang dengan abang aku. Aku suruh dia pergi jumpa ayah aku tu dulu. Pastikan pelbagai perkara. Aku nak pergi pastikan sendiri kalau boleh, tapi nak jumpa ayah tu dekat Selangor. Aku ni dekat Johor. So, aku rancang nak jumpa ayah aku lepas SPM.

Lepas abang aku dah pergi jumpa, aku tanya la macam mana. Abang aku kata, baik aku pergi sendiri tanya. Aku memang nak pergi. Tinggal tunggu aku habiskan SPM ni je duLu. Habis je SPM, aku pun rancang nak pergi Selangor.

.......................................................
.......................................................

Aku plan, mula-mula nak pergi rumah kawan aku dulu kat Puchong. Pastu, baru la pergi jumpa ayah dekat Kota Damansara sana. Sebab aku dah rancang, kalau kena tipu, boleh la lari dan berselindung di rumah kawan aku yang dekat Puchong tu dulu sebelum balik semula ke Johor. Nasib baik aku ada kawan dekat Puchong.

Kawan aku dekat Puchong tu nama dia Tarmizi Bin Jamal. Dia adalah kawan rapat aku sejak sekolah rendah, sejak darjah 6. Aku sekelas dengan dia masa darjah 6 dan tingkatan 2. Masa tu masih sekolah kat Selangor. Masa form 3 je, Tarmizi pindah ke Puchong. Aku pulak pindah ke Johor masa form 4. Tapi aku masih contact dia. Asyik-asyik aku je yang contact dia. Dia tak contact langsung dengan aku. Seribu alasan betul. Kali ni, boleh la aku mintak tolong dia.

Habis je SPM, aku rasa agak berdebar-debar nak pergi. It will be a dangerous journey. Aku nak pergi pun rasa macam nak start main game je. Tapi ni game betul. Ni rintangan hidup yang betul-betul aku kena main. Tapi ini bukan game. Takleh main-main. Tapi aku rasa seronok sebab rasa macam game. haha~

Aku pun pergi la ke rumah kawan aku tu dulu naik bas. Then, something very, very bad happen to me - dompet dan henset aku tercicir dalam bas bila aku turun. Aku nak kejar bas tu, tapi bas tu dah laju sangat belah. Memang terpacak aku dekat jalan tu sekejap. "Macam mana aku nak sampai rumah kawan aku ni? Henset pun dah xde. Duit pun dah terbang sekali." Aku pun keluarkan diari aku dalam beg sebab aku ada catat alamat rumah kawan aku tu. Nasib baik aku dah sampai kat Puchong. Tinggal cari je rumah dia ikut alamat tu. Kalau tak jumpa, terpaksa la aku berselindung di pondok bas dan cari ikhtiar lain. Masa tu aku rasa agak cemas. Aku berusaha kuat-kuat cari rumah kawan aku tu ikut alamat. Memang dah risau gila-gila dah aku. "Ya Allah, macam mana ni....", bisik hati aku dengan penuh resah.

Akhirnya jumpa ikut alamat. Member aku tu pun masih ada kat rumah. Huarh. Aku pun tarik nafas lega. Aku pun masuk dan mula la tinggal dengan kawan aku tu. Aku terpaksa tumpang rumah dia sebulan lebih dulu, sebab nak kerja dulu dan beli henset baru dan IC baru. Nombor telefon abang dan ayah masih ada dalam diari.

Tarmizi pun nak join aku pergi kerja. Selama tiga minggu berturut-turut aku dan dia cari kerja. Susah betul. Terbayang-bayang aku betapa susahnya nak cari kerja setiap hari. Dah tiga minggu, baru surat tawaran kerja sampai. Tapi aku enjoy dengan kawan aku. Tidur sebilik, main PS2 sesama, dan bersembang semula banyak kisah silam. Memang seronok sesangat. Di sebalik dugaan henset dompet aku hilang, ada juga keseronokan aku dengan kawan aku ni.

.......................................................................
.......................................................................

Aku kerja dekat World Of Sports, Jaya JUSCO dalam IOI Mall Puchong. Jadi promoter jaga kasut-kasut, pakaian, dan alat-alat sukan ADIDAS, NIKE, dan MIZUNO. Kawan aku lak jadi tukang keluar barang stor JUSCO. So, tak best sikit la. Tak kerja sesama.

Ada lagi dugaan baru yang aku dapat. Belum kerja sampai sebulan pun, ayah Tarmizi dah tak suka aku duduk situ. Setiap kali aku ada kat rumah je, dia duduk dalam bilik. Memang dia buat muka marah sesangat bila bertembung dengan aku. Aku pun dah tak selesa nak duduk rumah tu. Aku pun cuba cari rumah lain dulu nak tumpang sebelum keluar. Aku ingat lagi. Aku siap menangis-nangis luahkan masalah kat rakan sekerja aku, kak Minah tentang ayah kawan aku. Aku mintak tolong dia tentang tempat tinggal. Rakan sekerja aku semuanya perempuan. Memang malang sungguh. Tapi ada satu rakan sekerja yang lelaki masa aku baru masuk, tapi dia dah takde sebab sambung pelajaran. Dia gak yang tolong aku. Aku pun mula la tumpang rumah dia dekat kolej kediaman pelajar Universiti British. Kolej kediaman tu betul-betul seberang jalan kepada IOI Mall je. Alangkah nasib baiknya aku dapat pertolongan.


Masa aku nak keluar dari rumah kawan aku tu, aku cuba la cakap dekat ayah Tarmizi tu untuk berterima kasih dan minta maaf. Tapi pak cik tu tak layan. Dia siap cuba pukul aku lagi dengan tongkat dia dan halau aku keluar. Aku memang rasa sedih sesangat sebab dia belum maafkan aku. Tarmizi pun memarah dengan ayah dia. Aku makin rasa bersalah. Aku pun keluar dan pergi menumpang di rumah x-rakan sekerja aku tu. Aku masuk menumpang secara sembunyi-sembunyi, sebab orang luar tak dibenarkan masuk, apatah lagi tinggal. Aku betul-betul berterima kasih kat dia dengan roomate-roomate dia. Walaupun rumah tu tak cukup tempat dan sangat kotor dan bersepah, aku rasa sangat bersyukur dan lebih tenteram daripada terus tinggal dengan rumah Tarmizi yang ayah dia sentiasa buat aku tak sedap hati.

Sepanjang aku duduk rumah Tarmizi, makan minum dekat rumah dia je la. Masa kerja, aku dapat kakak angkat dekat kafe JUSCO. Kafe JUSCO tu khas untuk pekerja-pekerja JUSCO makan kat situ. Kat kafe JUSCO tu la aku boleh makan apa sahaja dengan free sebab kakak angkat aku tu yang belanja. Kakak angkat aku tu ialah chef tempat tu. Aki diperkenalkan kepada dia melalui rakan sekerja aku, iaitu kak Minah jugak. Kak Minah tu betul-betul dah banyak menolong aku. Walaupun dia tu india, bukan islam, selalu sound aku, tapi dia la yang telah banyak menolong aku, dan dia la tempat yang aku ada untuk meluahkan masalah. Aku betul-betul sangat berterima kasih dengan dia. Kakak angkat aku tu pun aku sangat berterima kasih dengan dia. Tanpa dia, memang dah kebulur mati aku nak hidup.

Bila start tinggal di kolej tu, aku mula makan minum dengan duit sendiri. Asyik-asyik x-rakan sekerja aku tu belanja. Malangnya, aku dah lupa nama dia. Aku masih ada duit dalam bank. Tapi leceh nak keluarkan duit. Masa tu belum cukup umur nak buat kad ATM. So, kena guna buku bank dan IC la tunjuk untuk keluarkan duit. Tapi IC aku dah hilang. IC sementara pun dia tak nak terima. Nasib baik aku ada bawak sijil kelahiran. Aku menyampah betul dengan bank ni. Buat leceh je. Banyak kali aku dah ulang alik. Tapi untuk keselamatan gak. Haih.

Lagi 2 minggu aku kena duduk kat kolej tu baru gaji masuk dan boleh belah gi jumpa ayah terus. Dapat je gaji, aku beli henset, dan berangkat terus pergi jumpa ayah aku. Aku benar-benar berterima kasih dengan Tarmizi, emak Tarmizi, kak Minah, kakak angkat(lupa gak nama dia), dan x-rakan sekerja sebab dah banyak sangat menolong aku. Diorang dah banyak sesangat, sesangat banyak tolong aku. Pasal diorang la aku dapat survive. Kehidupan aku pada masa ini agak perit.

Roomate x-rakan sekerja aku tu asyik main gitar. Kadang kala aku tengok je dia main. Dia pun start ajar aku main. Aku sempat belajar main gitar kejap sebelum belah. Haha~ Di situ la saat aku mula belajar main gitar. Memang berbaloi betul. Tapi tandas dia memang aku tak perkenan. Lantai dia berminyak sampai 2cm. Ish. Nak mandi pun, iyak~! Keluar je tandas, kaki tetap kotor berminyak. Dari mana ntah datang minyak tu. Macam mana bakteria boleh membiak setebal tu? ish.... kotornya. Haha~ mengutuk pulak. Sekotor-kotornya diorang, diorang gak yang berhati baik dan suci benarkan aku tumpang 2 minggu. Aku pelik gak dengan life diorang. Macam jarang nampak diorang pergi kelas. Tapi mungkin masa aku kerja kot. Pakai baju pun x beruniform. Aku akhirnya faham bila aku sendiri dah masuk universiti. Hahah.

Masa tu aku rasa saaaaaaaangat lega sebab dah beli henset, dan berjaya survive sebelum pergi jumpa ayah. Itu la saat yang sangat memeritkan hidup aku. Kata hati, perit. Kata lidah, pahit. Hidup aku masa tu sangat perit dan pahit.

9 comments:

Azham Dion said...

Mmm.
Beselah.

Lumrah dunia.
De aje dugaan yg mndatang.
:)

gr@wn said...

ha'ah

Yankum3~ said...

name sume lupe..
ntah2 nnti name yana pun lupe..
kan2??

gr@wn said...

win2 takkan lupa kaT yAna. Yana bAik.

Yankum3~ said...

yeke ni??
btol ni??

gr@wn said...

iya. Yana jangAn risAu.

Yankum3~ said...

hmm ok...
lega sikit

afizah said...

tu sumer dugaan..sabarlah
insyaallah satu ari nnt ko dpt kebahagiaan..
setiap org ade sisi gelap secret masing2..

gr@wn said...

Yup. Thank you afizAh.