Wednesday, February 23, 2011

Merenung Detik Orang Lain




Kadang kala, apa yang orang lain lalui dapat mengajar aku, di kala aku lintasi liku-liku kehidupan.

Semasa makan di sebuah restoran mamak. Sebelah meja aku ialah seorang bapa dan seorang anak lelaki. Dah 7 ke 8 gelas kosong dah dengan dia. Dia pun order lagi, "Kopi panas lagi satu".

Pastu dia selak=selak lagi surat khabar dua tiga je tu. Aku tengok, banyak betul bulat-bulat merah kat surat khabar tu. Tengah cari kerja rupanya.

Anak lelaki dia macam umur enam tujuh tahun gitu. Anak dia buat gerak malas la, tengok sana sini, pastu panggil, "ayah. Ayah.". Ayah dia pun diam je sambil fokus kat surat khabar. Pastu anak dia panggil lagi, "ayah. Ayah." Hampir setiap lima minit si anak tu panggil ayah dia, dan ayah dia sibuk nak fokus kat surat khabar sambil fikir panjang.

Aku habis makan je, tengok mak diorang dah sampai. Baru sampai dari kilang gayanya sebab pakai baju uniform kilang. Pastu aku belah. Aku pun terfikir sekejap tentang diorang untuk diri aku.

Memang ada kemungkinan gak yang aku akan lalui apa yang family tu lalui. Lepas grad belum tentu dapat kerja. Dapat kerja pun mungkin gak x berkaitan. Dan bila dah dapat je kerja tu, belum tentu tahan lama. Tetiba syarikat tutup ke, nak kurangkan pekerja ke, habis la.

So, dah ada family ke belum ada, sama je. Semua orang akan alami masalah yang sama. Kerjasama suami isteri kena kukuh untuk elakkan masalah kewangan keluarga.



Satu couple ni, duduk berjarak sikit. Aku tengok pompuan tu macam sedih dan terkeluar air mata. Lelaki tu lak buat muka macam, "ala, dalam internet lawa gila. Jumpa je hampeh. Aduh...camne nak buat ni?". Kesian pompuan tu.




Masa tu cuti raya. Aku gi rumah saudara. Then, sorang makcik ni datang, x dilayan sangat pun. Mukanya nampak sangat mengharap. Rupanya kat laki tu, yang dah kahwin, dah ada anak pun.

No comments: