Thursday, October 6, 2011

Mee Sup :D


Aku suka betul buAt mee sup untuk makan. Dulu asyik masak nasi dan goreng-goreng nugget, telur, hotdog, burger, dan kentang. Main goreng-goreng ni asyik buat aku rasa malas nak masak.

Buat sup je senang. Panas air, sambil main tambah je apa yang aku nak. Macam-macam nak tambah, tapi tengok mangkuk tu ar. Dah penuh je stop. Best. :D

Meesup merupakan favorite aku nak masak sebab :

1. Senang nak basuh lepas makan. Kalau goreng-goreng, hampeh. Asyik malas nak basuh sebab minyak-minyak dia.

2. Senang. Xde perang dunia. Air mendidih camtu je sambil campur mihun telur bebola semua tu. Kalau goreng-goreng, kena hati-hati. Ada letup sini, ada letup sana. Kena lebih berhati-hati. Ada air sikit kat gegoreng, "fire in the hole~~~" xO

3. Masak lelama pun xpe kalau mee sup ni. Kalau gegoreng, lelama nanti hangus.

4. Memacam bahan boleh campur sekali gus kalau makan mee sup. Kalau gegoreng, kena masak asing-asing. Leceh.

5. Lebih sihat. Masak dalam sup lebih sihat, dan lebih nutrisi. Nutrisi-nutrisi lebihan makanan boleh minum melalui sup. Kalau gegoreng, nak minum minyak ka? Aiyoyo. :/

6. Boleh ikut taste. Nak kari je, tambah perencah kari. Nak sup ayam ke, tambah je perencah sup ayam. Kalau gegoreng, hmmm. Tambah lada. X beza sangat rasa.

7. Two in one. Makan dan minum sekali kalau mee sup. Kalau gegoreng, makan je. Hmm.

8. Bau x melekat. Buat sup ni, x berbau kat persekitaran. Kalau gegoreng, hmph. Gi kelas je esok, "Grown, baju kau bau burger ar".

9. X kotor bila masak mee sup. Yang tetumpah pun sup je, senang nak lap. Kalau gegoreng, selalu je minyak melekat kat merata lantai. Leceh nak mop pakai sabun.

10. Aku suka sup. Goreng tu sikit-sikit je. Yum yum. =P

No comments: