Sunday, July 31, 2016

Diary Of Today

Aku x akan kira cinta tu sebagai cinta pertama, sebab dia x cintakan aku balik, Dia sentiasa bersama laki lain sepanjang bersama aku. Dia x pernah setia pada aku, Dia x ikhlas bersama aku. Dia cuma nak pergunakan aku.

Biar la cinta pertama aku ini bersama isteri pertamaku nanti :)

Xde benda yang perlu aku sesalkan. Semua duit aku tu kena la dia bayar balik. Well, selama 6 tahun aku jaga dia, makan minum sewa dia, semua barang hantaran kahwin aku tu, kena la dia bagi balik. Banyak sangat tu....padan muka dia la kalau x dapat bayar balik. Tuhan Maha Adil ya. Dia bole bahagia sementara je tipu aku ni. Dia dah kira berhutang ngan aku semua yang aku dah bagi.


Well now, aku dah rasa lebih baik. Aku masih muda. Alhamdulillah akhirnya Tuhan tunjukkan kesemuanya. Masih belum terlewat. Sempat aku bertaubat dan kembali serah diri padaNya.

Lain kali aku jumpa dia, aku x akan percaya setiap perkataan dia. Memang semuanya tipu belaka. Aku x akan maafkan dia n x akan halalkan semua yang telah aku beri.


..................................................................................................................................................

Kali ini aku lebih bersemangat :) Terima kasih pada sahabat-sahabat yang muncul di saat kejatuhan aku ini. Mereka banyak nasihat n beri semangat untuk bangkitkan aku semula. Terima kasih tidak terhingga kepada Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Kekal, lagi Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Terima kasih kerana masih memberikan aku peluang, hidayah, untuk aku sedar dan kembali sujud padaMu.



Aku telah pun bertemu seseorang, diperkenalkan oleh seorang kawan baik :) Alhamdulillah, dia duduk dekat je. Hari-hari ada je aktiviti bersama :)


Hari-hariku menjadi lebih baik dari sebelumnya ^_^




Minnie dah boleh ngam dengan Mickie. Mickie semakin kuat makan. Tapi Minnie pula yang makin gemuk. Pelik =.=


Bulu Minnie kuat gugur sekarang. Sebab dah bunting kot. Sekarang nak sentuh perut dia pun dia x bagi. Alahai comelnya.




Kali ini, sasaran hidup aku - nak kekal jaga solat. Nak khatam quran sekali setahun. Nak tunaikan haji. Nak kahwin yang bahagia n kekal.


Lepas tu apa ya? Hmmm...... oh ya. Nak kurus n bina badan. Heeee :D

Ada masa nanti nak lawat ayah. Jumpa kawan lama.

Tuesday, July 26, 2016

Diary Of Today


Aku x rugi apa-apa. Aku ada diri aku. Diri aku jauh lagi bernilai dari dia, orang lain, n benda lain.

Aku sekarang sudah dewasa. Sudah merasakan hampir segala jenis kepahitan hidup.

Aku masih muda. Masih hensem n sihat :)

Kembali menjadi diriku seperti biasa. Solat 5 waktu. Exercise tiap hari. Gembira dan menangis tiap hari. Hidup sungguh diriku :)

Biarlah tiada jodoh. Kebahagiaan adalah pasti di syurga sana.

Tidak perlu aku kejar apa-apa. Tidak perlu aku risaukan apa-apa.

Tuhan dah berikan aku rezeki, sampai aku dah x tau nak buat apa ngan bebanyak rezeki tu.

Tuhan dah berikan aku keselesaan yang teramat. Tuhan memang sayang aku :) alhamdulillah

Sikit-sikit, lama-lama, akan kurus semula badan aku :) Makin membentuk otot-ototku :)

Dari seluar saiz 36, turun ke 31. Dari berat badan 92 kg, turun ke 78 kg.

Tiap waktu, aku gembira bertemu dengan orang-orang yang soleh, yang diredhai Allah, di masjid-masjid itu :) aku suka melihat cerahnya muka mereka :)

Alhamdulillah, kucing comel kesayanganku, Minnie masih di sisi ku :)

Tiada yang kekal, kecuali Tuhan Yang Maha Kekal.

Monday, July 25, 2016

Me, Present, Future, from the Past

i always been through times where....future is impossible. Not once...but many times...

I can't see where I'm going. But I know what I want. And I simply get what I want...making life more interesting.

Here I am, fall again, and see nothing of my future.

I will rise and be far better.....and more surprising :)

Saturday, July 16, 2016

Ubat Hati



Ubat yang terbaik ialah solat berjemaah, kemudian buat solat taubat, minta kemaafan, n buat solat hajat....minta diberi kesukaan hati. Sesungguhnya tuhan maha pengampun lagi maha penyayang.


Terima kasih atas petunjuk dan bimbingan dariMu. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang memberi nasihat dan kesedaran.


Besar hikmahnya.


 Adalah lebih baik aku sayang padaNya yang kekal, daripada sayangkan sesuatu yang tidak pasti setianya.