Tuesday, February 15, 2011

Soal Ikhlas




Em, sebenarnya dah lama aku nak bawa keluar topik ni untuk dengar pendapat lain. Semasa aku lintasi kehidupan, tetiba aku terfikir tentang idea tersendiri.

Cakap je pasal ikhlas ni kan, pada pendapat aku, sebenarnya soal ikhlas ialah mainan syaitan, sebab soal ikhlas tu adalah untuk membuatkan sesuatu perbuatan baik itu kelihatan buruk. Jadi, soal ikhlas tu hanyalah mainan syaitan semata-mata.

Kalau dah perbuatan orang tu baik, xyah la nak perburuk-burukkan. Kita patut sokong perbuatan baik tersebut, bukannya membuatkannya nampak buruk. Sebagai manusia yang ingin selamat menjalani kehidupan, kita kena la tau bezakan antara yang baik dari yang buruk dengan jelas.

Contoh kejadian soal ikhlas yang paling ketara ialah semasa kempen menderma untuk mangsa banjir. Ramai betul kata, "x ikhlas la syarikat ni. Saje nak naik nama.", "saje nak derma untuk tunjuk baik, pada hal teruk orangnya", dan macam-macam lagi.

Cuba korang fikir sejenak, bila seseorang itu soalkan keikhlasan, orang tu bukan je membuatkan sesuatu perbuatan baik itu nampak buruk, malah mengumpat atau lebih teruk, fitnah. Fitnah kan maksudnya tidak benar. Dan yang lagi teruk, bagi aku, semua orang yang kata seseorang itu tidak ikhlas telah majoritinya melakukan fitnah. Sebab soal ikhlas kan soal hati. Bohong la kalau kau nak kata kau dapat agak fikiran hati seseorang. Kalau kau silap, kau dah dianggap fitnah.

Dan aku nak tanya yang terasa, cuba korang agak apa fikiran hati aku. Mesti la X TEPAT LANGSUNG, betul x? So, kalau dah tuduhan korang tu x benar, korang dianggap fitnah. Jadi, anda dianggap telah melakukan fitnah terhadap hampir semua orang yang anda kata x ikhlas.

Sesungguhnya soal ikhlas itu hanya la permainan syaitan untuk memburukkan perbuatan yang baik.

Jadi, kalau korang setuju dengan pendapat aku, korang ingat-ingatkan la yang lain supaya jangan soalkan keikhlasan orang yang sedang berbuat baik. Sesungguhnya tuhan memang suruh kita berbuat kebaikan, dan jauhi laranganNya. So, kita sokong je la perbuatan baik orang. Elakkan diri dari persoalkan keikhlasan.


Dan kalau fikirkan soal keikhlasan pada diri sendiri adalah lagi teruk. Seperti apa yang aku kata, soal ikhlas adalah mainan syaitan semata-mata.

Contohnya, ikhlas ke x kau nak maafkan seseorang, ikhlas ke x nak tunaikan solat, ikhlas ke x nak tolong orang. Bahaya weyh. Soal ikhlas hanya la permainan syaitan yang selalu menghalang kita buat kebaikan. Maafkan orang kan dapat pahala besar. Tunaikan solat kan memang dah wajib, x kira mengantuk ke sibuk ke apa. Tolong orang tu lak sunat, tengok keadaan la.

Hm....mungkin dah ada orang yag sependapat dengan aku. Apapun, aku tetap nak share pendapat aku untuk dengar pendapat lain.

:>

3 comments:

athirah hanafiah said...

haritu lecturer aku kata camni dalam kelas..

-Kalau dipuji mahupun dikeji untuk sesuatu yang kita buat tu, kita tak rasa apa-apa..itulah indicator keikhlasan kita.
-ikhlas tu rahsia Allah, malaikat yang menulis amal pun tak tahu sama ada kita ikhlas atau tidak.. ikhlas tu hanya Allah yang tahu.

makanya, aku setuju jgnlah mempertikaikan keikhlasan org lain..

fareeza mukhris said...

yeap
entry yang bagus untuk kite renungkan
:)
jgn mempersoalkan keikhlasan seseorg.sebab itu hnya hubungan hati antara seseorg dgn Allah s.w.t

shaerin syazwan said...

yupp . xmo lah pertikai keikhlasan .

no one knows . even you tak kan tahu if you ikhlas ke tidak :)

xpelah , semuanya bermula dari niat . fitnah itu kan lebih buruk dr mbunuh . ( eh , betul ke ? )