Sunday, June 26, 2011

Day Six : 10 Things I Can't Live Without



Amende ya. Sepuluh benda ek. Hmmm. Obviously.

1) Peti sejuk. Nak simpan air isotonik bebanyak. Sekurang-kurangnya dua botol besar ada dalam tu. Nak simpan yogurt lagi. Hotdog lagi. Burger, kicap, sayur kangkung, dan buah. Fuhhh.

2) Laptop. Nak main game. Tengok video, cerita korea anime semua tu. Baru best.

3) Internet. Kena ada line. Nak yang lelaju. Baru la lancar nak main game online, baca blog orang semua tu.

4) Handphone. Sepanjang masa aku nak mesej calling dengan awek aku. Aku sukakan dia. :3

5) Buku bacaan. Kena ada buku gak. Dah penat hadap screen laptop je, kena la rehat dengan baca novel ke, komik ke, buku-buku ilmiah pun xpe. Well, kebanyakan buku ilmiah aku ni bersifat islamik sangat. Well, kebetulan je sebenarnya. Aku suka ambil tahu lebih lanjut tentang beberapa perkara yang aku tertanya-tanya dalam hidup aku ni.

6) Sejadah. Jangan xde sejadah. Kang aku nak solat susah. Walaupun aku masih x terjaga solat lima waktu, aku masih cuba sedaya upaya nak jaga solat gak. Nak doakan awek aku, mak ayah aku, dan untuk diri aku. Aku nak minta bebanyak kat tuhan. Kalau doa makbul, seronok la aku kan. :)

7) Barang dapur. Kena ada rice cooker, water heater, dan tempat masak yang pemanas tu. Baru la aku boleh sesenang masak nasi, sayur, goreng-goreng semua tu. Lagi puas dan kenyang berbanding makan luar. yeay. Bagi aku, dunia ni sangat aman bila perut dah kenyang. Sebab tu aku kurang makan luar. Selalu x puas langsung kalau makan luar. X suka nak keluar duit.

8) Mesin basuh dan kering. Aku x nak cuci guna tangan. Cepat lenguh pinggang aku nanti. Setiap dua minggu, basuh pakai mesin. Kan senang. Mesin kering pun. Aku malas sangkut luar. Kang x pasal-pasal hujan, malas aku nak angkut.

9) Sleeping set - katil, selimut dan bantal. Aku suuuka sangat tidur. huaaaah. :D

10) Motor. Arrr. Nak cari kerja susah. Nak pergi memana pun susah. Nanti aku nak kena beli motor gak. :O

No comments: