Wednesday, June 22, 2011

Self Research




Well, masa tengok mOvie Kung Fu Panda 2, tengok je yinyang, yang warna hitam putih itu, aku fikir-fikir balik.

Setiap orang bersifat baik dan buruk. Tapi biasanya setiap orang dari kita, memang kena seimbang buat baik dan buruk.

Seimbang buat baik dan buruk? Itu pendapat aku je. Well, cuba imbas sekejap.

Cuba observe semua orang yang tengah gaduh. Ada ke orang yang mengaku jahat? Setiap orang akan mengaku dia baik. Jadi, sape lak yang jahat? Dua-dua orang yang gaduh akan kata dia betul. Dia baik. Kalau dah betul salah pun, biasanya takut nak biar orang cap dia jahat, jadi x mengaku. Maknanya, semua orang nak mengaku diorang baik. Semua orang fikir diorang baik.

Kalau orang dah buat salah pun, dia ada je sebab-sebab tertentu yang membuatkan dia tu nampak betul dan baik.

Sebabnya mudah je. Memang dah fitrah manusia dijadikan macam tu. Kita akan sentiasa nak buat baik. Kalau kita memang x nak buat jahat, kita susah nak sedar yang kita ada buat jahat.

Cuba fikirkan sejenak. Banyak je benda jahat yang kita nafikan. Kita akan fikir, "ala, baru la cool", "haha, best la", "suka aku. Kelakar betul buat dia camtu". Lebih kurang macam tu la. Kita akan sangka yang benda jahat yang kita buat tu, benda remeh.

Contohnya, ejek orang gemuk. "tengok budak gemuk tu jatuh. Hahahaha... xD". Well, kebanyakan orang mesti ada sikap camtu, pada pandangan aku la.

Kalau kita terlalu nak buat baik sangat, biasanya nanti sangat stres. Nak memberontak la. Apa la. X pasal-pasal benci seseorang la. Benci orang ni, benci orang tu. Pada hal bukannya ada apa sangat pun sebenarnya. Semua tu boleh terjadi sebab memang kena ada tempat "melepas" gak, iaitu buat jahat.

Pompuan selalu senyum manis ke, manja ke, last-last kuat mengumpat ke, kuat fitnah ke, kuat dengki dan macam-macam. Lelaki lak selalu cool bergaya, sangat boleh diharap, last-last sombong gila la, kuat mengejek la, dan pelbagai lagi. Selalunya memang kena ada gak buat jahat. Buat baik tu memang semua orang nak buat baik. Cuma sedar x sedar je buat jahat.

Aku pernah tengok video, pasal kajian sains. Semuanya disebabkan peredaran cas dalam badan manusia. Cas dalam badan manusia dipengaruhi oleh cas dari sekeliling.

Biasanya cas negatif datang dari tempat yang teteruk, macam tempat pelacuran, perjudian, dan pergaduhan. Tempat bercas positif lak datang dari tempat keagamaan, macam masjid, kuil, dan tokong.

Jenis dan kepekatan cas sesuatu tempat itu bergantung pada bentuk bangunan gak. Sebab itu ada banyak persamaan antara bangunan-bangunan agama. Entah betul ke tidak ni.

Bila aku fikir balik, cas-cas yang ahli sains cakap ini, mungkin refer pada pengaruh-pengaruh fikiran. Contohnya, seks ke, dadah ke, cium-cium ke, gegaduh semua itu. Semua pengaruh buruk dipanggil cas negatif, manakala pengaruh baik pula dipanggil cas positif. Maknanya, panggung wayang dikira bercas negatif ek. Logik gak. Citer orang putih selalu ada babak seks la, cium-cium semua itu.

Jadi, kalau nak kaitkan dengan pandangan aku, maknanya, boleh je seseorang itu x buat baik langsung, atau x buat jahat langsung, bergantung pada keadaan persekitaran. Maknanya, perbuatan baik dan jahat x semestinya seimbang?

Jadi, kalau nak buat baik je, kena kuat pegang agama la. Macam tu? Sebab tu, macam agama islam, ada kata, "solat itu tiang agama". Well, dah setiap waktu suruh gi solat, suruh gi tempat bercas positif, tempat berpengaruh baik, jadi kita pun boleh la kekal jadi baik. Hmmm. Boleh diterima akal gak.

Kita selalu susah nak amik peduli yang benda yang kita buat tu sebenarnya jahat. Well, daripada susah-susah kita nak sedar setiap perbuatan kita, lagi senang kita dirikan je la tiang agama kita kan. Nak sentiasa ikut jalan kebenaran ni bercabang-cabang teka-tekinya.




.......................................



Itu baru kajian perbuatan harian diri kita. Pernah x kaji kesihatan diri? Well, aku selalu je tengok-tengok badan aku. Pastu ada sesuatu pada badan aku yang buat aku musykil.

Aku pun check la kat internet dengan pelbagai term yang aku agak-agak. Macam x jumpa punca. Aku pun terus je la gi klinik jumpa doktor tanya setiap benda yang aku musykil kat badan aku.

Sekali, doktor kata aku kena hernia. Kena buat pembedahan. "Arrrrrrrrr!!! X akan la nak kena bedah???".. Mula-mula aku rasa x nak bedah, sebab bukannya ada rasa sakit apa pun. Xpe la kan. Tapi doktor suruh bedah cepat sebelum jadi serius.

Aku pun pergi la hospital. Macam percutian je. Seronok gak sebab aku asyik tertanya-tanya, camne ya kena bius, kena bedah, rasanya pengsan semua tu. Nak tau gak life kat hospital camne. Selalu dengar citer je. Akhirnya aku dapat rasa sendiri. Best woo. Rugi kalau x pernah rasa dalam seumur hidup ini.

Keadaan di hospital memang stres. Semua nurse busy gerak sini sana, kadang kala mengamuk x tentu pasal sebab x terkawal keadaan. Pesakit sini sana jerit panggil nurse, "nurse!! nurse!!".

Nurse pun kena cuba jaga hati pesakit. Susahnya kerja nurse ni. Kena cuba pujuk pesakit supaya makan la, x murung la, apa la.

Ada nurse tu cuba jaga hati aku sebab dah seharian aku x makan. Mana x makan, baru lepas bedah kot. Aku tengah pengsan. Dah sedar pun, nak bangun susah. X dapat nak bangun. Tangan je leh gerak. Nak je aku sound, "tengah sakit gila la ngok". Tapi sebab nurse tu cakap dengan sangat lembut, cair hati aku. Aku diam je.

Aku paling benci benda yang dia cucuk kat tangan aku. Dah la panjang dalam 10cm benda cucuk tu, cucuk masuk dalam urat tangan, selama aku duduk kat hospital, selama tu la benda tu terpacak dalam tangan. Nak pusingkan gelang tangan pun sakit sebab benda tu mencucuk-cucuk.

Tujuannya untuk masukkan air bila aku x dapat makan. Well, selalu je air x masuk, tapi darah aku pula yang masuk tiub tu. Bila nurse nak betulkan, aku ingatkan dia nak buang dulu darah-darah aku dalam tiub itu sebab dah pepejal, susah nak alirkan air balik. Sekali, DIA TOLAK DARAH TU KE DALAM TANGAN AKU BALIK. DAH LA BANYAK. TIUB ITU PANJANG. TERJERIT AKUUU!!!! D:

Bila tiba masa untuk aku bedah, fuh...x sabar aku. Masuk je bilik bedah, pergh. Sejuk gila macam freezer. Aku pun kena bius. Aku x sangka lak cara bius dia. Dia cucuk masuk bius ke dalam tulang belakang aku, kat bawah. Memang sakit gila. Pastu terus start bedah. Cepat je dia buat. Aku pun terpengsan. Rupanya macam nak tidur je pengsan ini. Terlepas aku nak tengok isi perut aku. Adoyai.

Aku okay je nak stay hospital lelama kalau dia x cucuk benda tiub air tu kat tangan. Lagipun keadaan stres nurse kat hospital tu buat aku sangat stres. Macam la aku nak duduk exam. Hish. Aku pun nak keluar hospital cepat. Doktor cuma bagi lepas kalau aku dah nampak okay. Aku pun nak cecepat okay, cuba bangun dan jalan bebanyak. Akhirnya, dapat la aku lepas awal. :D

Sebenarnya, pasal awek aku nak datang lawat la aku nak cecepat sembuh. Susah-susah dia datang dari johor, baik aku cecepat sembuh dan dating je bila dia sampai. Lepas keluar hospital je, dating terus dengan kekasih kesayangan aku itu. X macam gila. Tapi aku terus cepat sembuh. Penawar ajaib betul awek aku ni. Aku sekarang masih pelik tapi benar. Mungkin sebab dia memang jodoh aku. :3

No comments: