Monday, November 21, 2011

Jangkaan Sakit Bila Mati

Hmm. Ini hanya la pendapat aku berdasarkan logik akal. Kata orang, mati la yang paling sakit di dunia. Sebab apa ek. Ini adalah antara pendapat aku.


1. Sakit perut. Bila mati, nanti kita lapar je. Bila baru x makan satu hari kan kita sakit perut kena gastrik. Kalau mati nanti, bukannya satu hari kita x makan. Dari hari ke hari, gastrik habis perut kita. Saaangat sembelit. Ouch. Berasid habis badan kita nanti. Can u accept that?



2. Sakit mental(untuk orang tertentu je). Cuba x dapat berbual dengan sesape selama dua hari ke, tiga hari ke, mesti kita rasa sangat sunyi dan bosan. Nanti mula la kita fikir bukan-bukan, mengeluh sini sana. Salahkan orang yang x bersama kita time susah senang. Tapi bila mati, bukannya dua tiga hari je. Kalau ada kawan datang kubur kita, bukannya kita dapat berbual dengan dia pun. Besides that, ada ke orang yang sudi datang kubur kita hehari?

Time tu, baru la kita mula muhasabah diri selalu, fikir apa yang kita dah buat semasa hidup. Time ni la kita berfikir, apa yang akan kita alami pada esok dan esok harinya. Time ni la kita berdebar-debar terfikir tentang dunia akhirat camne nanti. Kita akan masuk syurga ke neraka? Nanti mula la kita takut untuk setiap dosa besar yang pernah kita buat. Kita asyik harap yang kita dah banyak buat baik dan berjasa pada manusia semasa kita hidup.

Time tu la kita asyik fikir pasal diri sendiri je. Maka benar la apa yang tuhan katakan dalam alquran, di akhirat nanti setiap orang hanya akan fikirkan nasib diri sendiri je. Sebab masuk syurga atau neraka nanti selama-lamanya kot. Kita semua nak syurga.



3. Sakit tekak. Biasanya doktor suruh minum air bebanyak setiap hari untuk elakkan sakit tekak. Tapi bila dah mati, mana la kita minum air. Bukannya satu hari je x minum air. Hehari kot. Nanti tekak kita rasa gatal camne ntah. Rasa macam nak batuk je, tapi x dapat. X selesa woo.



4. Sakit terseliuh. Bila kita mati nanti, sel-sel badan kita akan mati sikit-sikit, termasuk la sel urat kita. Cuba bila kaki terseliuh, camne rasanya? Kalau x betulkan urat cecepat nanti lama je sakitnya kan? Lepas betulkan pun amek masa lama baru okay.

Tapi bila dah mati, sikit-sikit kita rasa terseliuh kat memana bahagian badan. X akan okay seliuh tu. Hanya akan bertambah teruk, dan bertambah-tambah seliuh kat bahagian lain. "ouch! SAkitnya kaki! Macam terseliuh! ". "Ouch! Tangan aku terseliuh! eh eh?". Nanti kita rasa terseliuh seluruh badan, mata, kaki, tangan semua. Sakit woo.



5. Hypertension stress. Stres sebab lapar, sunyi, bosan, fikir banyak sangat. Rasa macam nak gila. Pening. Rasa macam dah x betul. Bergantung pada orangnya. Kalau orang tu biasanya tenang dan asyik fikirkan tuhan masa di dunia, macam tu la dia dalam kubur nanti. Okay je.



6. Rasa gatal seluruh badan. Ikut kajian ahli mikrobiologi, sebenarnya kita ada kuman di seluruh bahagian badan kita sepanjang masa. Kuman tu ialah bakteria ke, kulat ke, apa-apa la yang saiznya mikro. Tapi kita nampak okay je sebab kita ada sistem pertahanan badan yang baik di seluruh badan.

Macam kat cap ibu jari. Atas permukaan cap jari tu sebenarnya ada berjuta-juta kuman. Tapi ada sistem imun badan kita kat permukaan kulit cap jari tu yang hapuskan kuman-kuman tu. Kemudian bahan-bahan berbahaya dari kuman mati tu dibuang ke permukaan kulit atau saluran najis kita. Sebab itu la kita kena berwuduk lima kli sehari, untuk buang bahan-bahan kuman mati kat permukaan kulit kita. Nanti sistem pertahanan kita xde la busy sangat. Imun kita lagi kuat sikit nanti.

Oh ya, bila kita dah mati, imun kita dah makin xde. Time tu la kita mula rasa gatal seluruh kulit, mata, lidah, kepala, alat sulit...senang cerita, kesemuanya. "Ish, gatal la. Nak garu!!!! geram je."


Hmm. Tu je kot. Ada pendapat lain? :)

No comments: