Wednesday, February 23, 2011

Merenung Detik Orang Lain




Kadang kala, apa yang orang lain lalui dapat mengajar aku, di kala aku lintasi liku-liku kehidupan.

Semasa makan di sebuah restoran mamak. Sebelah meja aku ialah seorang bapa dan seorang anak lelaki. Dah 7 ke 8 gelas kosong dah dengan dia. Dia pun order lagi, "Kopi panas lagi satu".

Pastu dia selak=selak lagi surat khabar dua tiga je tu. Aku tengok, banyak betul bulat-bulat merah kat surat khabar tu. Tengah cari kerja rupanya.

Anak lelaki dia macam umur enam tujuh tahun gitu. Anak dia buat gerak malas la, tengok sana sini, pastu panggil, "ayah. Ayah.". Ayah dia pun diam je sambil fokus kat surat khabar. Pastu anak dia panggil lagi, "ayah. Ayah." Hampir setiap lima minit si anak tu panggil ayah dia, dan ayah dia sibuk nak fokus kat surat khabar sambil fikir panjang.

Aku habis makan je, tengok mak diorang dah sampai. Baru sampai dari kilang gayanya sebab pakai baju uniform kilang. Pastu aku belah. Aku pun terfikir sekejap tentang diorang untuk diri aku.

Memang ada kemungkinan gak yang aku akan lalui apa yang family tu lalui. Lepas grad belum tentu dapat kerja. Dapat kerja pun mungkin gak x berkaitan. Dan bila dah dapat je kerja tu, belum tentu tahan lama. Tetiba syarikat tutup ke, nak kurangkan pekerja ke, habis la.

So, dah ada family ke belum ada, sama je. Semua orang akan alami masalah yang sama. Kerjasama suami isteri kena kukuh untuk elakkan masalah kewangan keluarga.



Satu couple ni, duduk berjarak sikit. Aku tengok pompuan tu macam sedih dan terkeluar air mata. Lelaki tu lak buat muka macam, "ala, dalam internet lawa gila. Jumpa je hampeh. Aduh...camne nak buat ni?". Kesian pompuan tu.




Masa tu cuti raya. Aku gi rumah saudara. Then, sorang makcik ni datang, x dilayan sangat pun. Mukanya nampak sangat mengharap. Rupanya kat laki tu, yang dah kahwin, dah ada anak pun.

Tuesday, February 15, 2011

Soal Ikhlas




Em, sebenarnya dah lama aku nak bawa keluar topik ni untuk dengar pendapat lain. Semasa aku lintasi kehidupan, tetiba aku terfikir tentang idea tersendiri.

Cakap je pasal ikhlas ni kan, pada pendapat aku, sebenarnya soal ikhlas ialah mainan syaitan, sebab soal ikhlas tu adalah untuk membuatkan sesuatu perbuatan baik itu kelihatan buruk. Jadi, soal ikhlas tu hanyalah mainan syaitan semata-mata.

Kalau dah perbuatan orang tu baik, xyah la nak perburuk-burukkan. Kita patut sokong perbuatan baik tersebut, bukannya membuatkannya nampak buruk. Sebagai manusia yang ingin selamat menjalani kehidupan, kita kena la tau bezakan antara yang baik dari yang buruk dengan jelas.

Contoh kejadian soal ikhlas yang paling ketara ialah semasa kempen menderma untuk mangsa banjir. Ramai betul kata, "x ikhlas la syarikat ni. Saje nak naik nama.", "saje nak derma untuk tunjuk baik, pada hal teruk orangnya", dan macam-macam lagi.

Cuba korang fikir sejenak, bila seseorang itu soalkan keikhlasan, orang tu bukan je membuatkan sesuatu perbuatan baik itu nampak buruk, malah mengumpat atau lebih teruk, fitnah. Fitnah kan maksudnya tidak benar. Dan yang lagi teruk, bagi aku, semua orang yang kata seseorang itu tidak ikhlas telah majoritinya melakukan fitnah. Sebab soal ikhlas kan soal hati. Bohong la kalau kau nak kata kau dapat agak fikiran hati seseorang. Kalau kau silap, kau dah dianggap fitnah.

Dan aku nak tanya yang terasa, cuba korang agak apa fikiran hati aku. Mesti la X TEPAT LANGSUNG, betul x? So, kalau dah tuduhan korang tu x benar, korang dianggap fitnah. Jadi, anda dianggap telah melakukan fitnah terhadap hampir semua orang yang anda kata x ikhlas.

Sesungguhnya soal ikhlas itu hanya la permainan syaitan untuk memburukkan perbuatan yang baik.

Jadi, kalau korang setuju dengan pendapat aku, korang ingat-ingatkan la yang lain supaya jangan soalkan keikhlasan orang yang sedang berbuat baik. Sesungguhnya tuhan memang suruh kita berbuat kebaikan, dan jauhi laranganNya. So, kita sokong je la perbuatan baik orang. Elakkan diri dari persoalkan keikhlasan.


Dan kalau fikirkan soal keikhlasan pada diri sendiri adalah lagi teruk. Seperti apa yang aku kata, soal ikhlas adalah mainan syaitan semata-mata.

Contohnya, ikhlas ke x kau nak maafkan seseorang, ikhlas ke x nak tunaikan solat, ikhlas ke x nak tolong orang. Bahaya weyh. Soal ikhlas hanya la permainan syaitan yang selalu menghalang kita buat kebaikan. Maafkan orang kan dapat pahala besar. Tunaikan solat kan memang dah wajib, x kira mengantuk ke sibuk ke apa. Tolong orang tu lak sunat, tengok keadaan la.

Hm....mungkin dah ada orang yag sependapat dengan aku. Apapun, aku tetap nak share pendapat aku untuk dengar pendapat lain.

:>

Saturday, February 5, 2011

Hari Sabtu, Aku Mulakan




Okay. Cuti nak habis. Dah nak midsem dan ada beberapa assignment. Dah x patut aku kuat main lagi dah. Kena fokus.

Bila dah kuat sangat main game, aku x terlayan awek aku sangat. Terus awek aku x nak layan aku lagi dah. Kecewanya. :(

Haih. Sakitnya hati. Aku fokus pada study dulu sekarang. Dah saat genting sedikit.

Mak aku add facebook aku beberapa hari lalu. Terus dia call memarah aku pasal letak nama betul, family relationship, gambar semua tu. Mak suruh padam demi keselamatan.

Mak marah bila tengok family relationship aku dan gambar-gambar aku dengan 'family'. Mak marah kata aku x fikirkan soal perasaan dia dengan familynya. So what??? Thingking about urself??? Memang kecewa betul aku.

Dah kecewa dengan awek, kecewa dengan family lak. Haih. Kenapa la aku selalu rasa sangat terdorong untuk bersendirian. Mungkin itu la yang terbaik bagi aku.

Aku pun luah kat member-member dalam game fiesta tu. Diorang pun share dengan aku. 'Just move on'. Thanks guys. I will move on.

BIla fikir-fikir balik, semalam makan roti RM1.30 je. Mak aih. Sampai sekarang masih x makan. Belum terasa lapar. Mungkin sebab tengah sangat kecewa. Haih.


(having disappointed mood..)

:(