Wednesday, March 30, 2011

diari 30 Mac 2011



Bila aku jenguk je semalam, Bubu dan Mimi berdiri sambil mulut terbuka macam gambar atas tu. Comel je. Macam anak-anak aku lak. Mimi dah x gigit.

Pada asalnya aku sangka Bubu x kuat makan. Rupanya Bubu jenis yang segan sikit. Aku kena tabur makanan kat tepi dia, baru dia makan. Mimi lak, dia selamba je panjat tangan aku dan amik makanan kat tapak tangan aku.

Mimi simpan banyak makanan dalam mulut, kembungkan mulut sampai hampir separuh daripada badan saiz ruang mulut tu. Aku suka tengok Mimi camtu. Macam gemuk. Aku suka tengok Mimi dan Bubu gemuk. Sekarang masih normal. Cepat la gemuk. Comel. ^^

Tunang aku demam la semalam. Dia nak cakap pun suara dia macam menangis. Kesiannya. Tapi nak buat camne kan. Hanya mampu doa supaya cepat sembuh.

Bebaru ni aku sangat kuat makan. Stres study kot.Hmmm. Petang ni ada lab test. Jumaat ni lak ada test bioinformatik. Lagi x sampai dua minggu, final exam aku dah mula. Harap semuanya smooth and steady.

Study~!!! > o <

Sunday, March 27, 2011

diari 27 Mac 2011


Dah tengah bela hamster. Busuk la. X suka. Anyway, best gak tengok-tengok diorang masa bosan. Tengah bela dua hamster, satu jantan, satu betina. Jantan aku namakan Bubu. Betina aku namakan Mimi.

Mimi kuat makan. Bubu kuat lari. Diorang x suka aku raba kepala diorang. Raba-raba badan je okay. Setiap kali aku nak sentuh Mimi, mesti Mimi nak gigit jari aku satu kali. Comel je. ^^

Sampai sekarang masih x dapat siapkan satu assignment ni. Dah tiga hari buat, masih x dapat-dapat. X faham la. Haih. Nampaknya, buat je la. Salah betul tu, x tau. Baik tanya lecturer terus lepas submit nanti. Harap dia ada masa.

Kesian tunang aku. X tentu pasal ada orang cari gaduh dengan dia. Harap semuanya settle. Sakit kepala aku nak fikir. Hmmm.

Minggu depan ada festival seni. Sampai sabtu, kena hadir raptai dan event. Fuh. Masa untuk berpenat lelah.

Nampaknya, aku masih jenis yang tidur lewat pagi. Haih. Xpe la.

Goodnight my bloggy. :>

Wednesday, March 23, 2011

diari 23 Mac 2011


Beberapa hari lepas gempa bumi dan tsunami di jepun, mak call. Dia kata semuanya okay. Tapi kalau apa-apa berlaku, mak amanahkan aku supaya jaga abang aku. Itu je yang mak aku fikir di saat-saat gitu. Well, time goes on.

Bebaru ni aku asyik letih je. Tidur je lebih. Bukannya ada apa pun. Mungkin sebab sangat kurang aktiviti. Jadi, badan aku pun rilek-rilek je.

Bila aku fikir-fikir balik, memang bagus la kerja part time masa dulu. Hari-hari aktif je. Ingatkan sekarang boleh lagi fokus study. Tapi hakikatnya....lagi malas ada ar.

Ada assignment belum buat ni. Haih. Kena buat. Jumaat ni dah deadline.

Aku plan nak study macam kerja. Setiap 9.00 am, gi study kat luar. Memana ar. Library ke, koridor kolej ke, memana je. Jangan kat bilik sudah. Aku dah berminggu-minggu cuba study di bilik je, x berkesan langsung. Hmm. Jadi, aku plan nak 'kerja' setiap pukul 9.00 am hingga 5.00 pm bila xde kelas pun.

Malam lak rehat dengan baik. Hmm. Menarik la hidup harian nanti. Seimbang kerja dan rehat. X terlebih rehat atau x terlebih kerja. I should have start this lifestyle earlier.

Bila fikir balik perkara-perkara lepas, aku akan rasa puas dah dengan apa yang aku dah pernah capai. Tapi itu akan membuatkan aku rasa cukup dan malas untuk gerak. Baik aku fokus pada yang aku sedang nak capai. Ni, xde apa pun yang aku fokus ni. Asyik rehat dan lepak je kerja. Bahaya camni. Lingkup arah hidup aku nanti.

Okay. Sekarang aku nak dapat result bagus untuk exam. Study untuk exam. Well, just think positif. X payah nak negatif dan bukan-bukan. Aku dah happy dengan tunang aku. Xde apa yang aku nak alasankan. Aku sangat hargai kekuatan yang aku ada sekarang. Jadi, mara, mara la aku ke depan. (muah. Sayang tunang aku sesangat)

Dalam minggu ni nanti aku nak mula bela hamster. Well, jagakan untuk kawan je. Tadi masa nak main pegang-pegang hamster, aku dapat rasa beberapa masalah psikologi yang sedang dihadapi hamster tersebut. Aceh. Macam la aku pakar psikologi. Tapi ada je beberapa orang yang takut dengan kemampuan psikologi aku. Well, sebenarnya, psikologi tu sama je maksudnya dengan 'memahami'. Bak kata jOwin, 'understanding'.

Cakap pasal psikologi ni je, aku ada member yang amik subjek psikologi. subjek tu lebih kepada kajian statistik. Hmmm....well, memang menarik la aku nak baca buku psikologi ni. Tapi tunggu dulu ar. Study untuk exam dulu.

Okay then. Time for breakfast. Yummy yippie. :)