Sunday, July 31, 2016

Diary Of Today

Aku x akan kira cinta tu sebagai cinta pertama, sebab dia x cintakan aku balik, Dia sentiasa bersama laki lain sepanjang bersama aku. Dia x pernah setia pada aku, Dia x ikhlas bersama aku. Dia cuma nak pergunakan aku.

Biar la cinta pertama aku ini bersama isteri pertamaku nanti :)

Xde benda yang perlu aku sesalkan. Semua duit aku tu kena la dia bayar balik. Well, selama 6 tahun aku jaga dia, makan minum sewa dia, semua barang hantaran kahwin aku tu, kena la dia bagi balik. Banyak sangat tu....padan muka dia la kalau x dapat bayar balik. Tuhan Maha Adil ya. Dia bole bahagia sementara je tipu aku ni. Dia dah kira berhutang ngan aku semua yang aku dah bagi.


Well now, aku dah rasa lebih baik. Aku masih muda. Alhamdulillah akhirnya Tuhan tunjukkan kesemuanya. Masih belum terlewat. Sempat aku bertaubat dan kembali serah diri padaNya.

Lain kali aku jumpa dia, aku x akan percaya setiap perkataan dia. Memang semuanya tipu belaka. Aku x akan maafkan dia n x akan halalkan semua yang telah aku beri.


..................................................................................................................................................

Kali ini aku lebih bersemangat :) Terima kasih pada sahabat-sahabat yang muncul di saat kejatuhan aku ini. Mereka banyak nasihat n beri semangat untuk bangkitkan aku semula. Terima kasih tidak terhingga kepada Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Kekal, lagi Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Terima kasih kerana masih memberikan aku peluang, hidayah, untuk aku sedar dan kembali sujud padaMu.



Aku telah pun bertemu seseorang, diperkenalkan oleh seorang kawan baik :) Alhamdulillah, dia duduk dekat je. Hari-hari ada je aktiviti bersama :)


Hari-hariku menjadi lebih baik dari sebelumnya ^_^




Minnie dah boleh ngam dengan Mickie. Mickie semakin kuat makan. Tapi Minnie pula yang makin gemuk. Pelik =.=


Bulu Minnie kuat gugur sekarang. Sebab dah bunting kot. Sekarang nak sentuh perut dia pun dia x bagi. Alahai comelnya.




Kali ini, sasaran hidup aku - nak kekal jaga solat. Nak khatam quran sekali setahun. Nak tunaikan haji. Nak kahwin yang bahagia n kekal.


Lepas tu apa ya? Hmmm...... oh ya. Nak kurus n bina badan. Heeee :D

Ada masa nanti nak lawat ayah. Jumpa kawan lama.

Tuesday, July 26, 2016

Diary Of Today


Aku x rugi apa-apa. Aku ada diri aku. Diri aku jauh lagi bernilai dari dia, orang lain, n benda lain.

Aku sekarang sudah dewasa. Sudah merasakan hampir segala jenis kepahitan hidup.

Aku masih muda. Masih hensem n sihat :)

Kembali menjadi diriku seperti biasa. Solat 5 waktu. Exercise tiap hari. Gembira dan menangis tiap hari. Hidup sungguh diriku :)

Biarlah tiada jodoh. Kebahagiaan adalah pasti di syurga sana.

Tidak perlu aku kejar apa-apa. Tidak perlu aku risaukan apa-apa.

Tuhan dah berikan aku rezeki, sampai aku dah x tau nak buat apa ngan bebanyak rezeki tu.

Tuhan dah berikan aku keselesaan yang teramat. Tuhan memang sayang aku :) alhamdulillah

Sikit-sikit, lama-lama, akan kurus semula badan aku :) Makin membentuk otot-ototku :)

Dari seluar saiz 36, turun ke 31. Dari berat badan 92 kg, turun ke 78 kg.

Tiap waktu, aku gembira bertemu dengan orang-orang yang soleh, yang diredhai Allah, di masjid-masjid itu :) aku suka melihat cerahnya muka mereka :)

Alhamdulillah, kucing comel kesayanganku, Minnie masih di sisi ku :)

Tiada yang kekal, kecuali Tuhan Yang Maha Kekal.

Monday, July 25, 2016

Me, Present, Future, from the Past

i always been through times where....future is impossible. Not once...but many times...

I can't see where I'm going. But I know what I want. And I simply get what I want...making life more interesting.

Here I am, fall again, and see nothing of my future.

I will rise and be far better.....and more surprising :)

Saturday, July 16, 2016

Ubat Hati



Ubat yang terbaik ialah solat berjemaah, kemudian buat solat taubat, minta kemaafan, n buat solat hajat....minta diberi kesukaan hati. Sesungguhnya tuhan maha pengampun lagi maha penyayang.


Terima kasih atas petunjuk dan bimbingan dariMu. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang memberi nasihat dan kesedaran.


Besar hikmahnya.


 Adalah lebih baik aku sayang padaNya yang kekal, daripada sayangkan sesuatu yang tidak pasti setianya.

Thursday, July 14, 2016

Hari Penyesalan 1

Aku x tau apa salah aku. Entah mana silap aku.

Aku dah x bole buat apa. Walau apa pun aku buat, dia x akan kembali kat aku. Aku dah berusaha sedaya upaya. Gi sana, jumpa mak dia, cari dia. Jumpa dia. Akhirnya sama gak. Memang dia dah x nak bersama aku.



Selama ni aku ditipu. Aku diperbodohkan. Aku dipergunakan.





Aku patut lupakan dia n lepaskan je dia tu. Buat apa aku nak sedih-sedih lagi ni. Dia tengah happy kot.



Aku masih lagi selalu mengharap, selalu hantar bebanyak mesej kat dia. Bukannya dia baca pun. Bukannya dia balas pun.



Aku tau, dia dah xde hati kat aku.





Aku dah jaga solat, dah solat taubat, dah solat hajat. Akhirnya sama je. Perasaan kat dia semua datang balik. Selama ni aku cinta syok sendiri.









Mulai sekarang, aku nak cuba berhenti ingat pada dia. Aku nak berhenti mesej dia. Aku nak berhenti call dia.





Aku kena jaga hati aku. Aku kena lindungi hati aku.









Apa yang aku belajar dari semua ni?....aku x tau la. Nak kata aku terlalu bodoh gi percayakan dia? So salah aku?





Nak buat camne. Ini la kenyataan. Dia x nak kat aku.









Mulai sekarang, aku nak menghitung hari. Tiap hari. Tahan diri dari mesej dia. Tahan diri dari jawab call dia kalau ada. Tahan diri dari mesej call mak dia. Tahan diri dari ingat kat dia balik. Tahan diri dari semua memori. Tahan semua....







Dah xde mimpi indah semua tu. Dah pecah impian berkahwin n bersama selama-lamanya ngan dia. Dia sebenarnya langsung x seperti apa yang aku sangka n harapkan. Dia sebenarnya lain. Dia berlakon. Dia tipu. Dia mempermain.







Hanya tuhan je yang tau, kelam kabutnya hati aku sekarang ni.













Bila aku buka balik blog aku ni, baca semua post lama aku, diari aku, baru aku sedar. Banyak benda yang aku dah nasihat kat diri aku sendiri. Macam mana aku bole lupa semua tu? Aku dah macam manusia lain berbanding diri aku yang dulu.





Aku yang dulu sangat lain ngan aku yang sekarang. Aku dulu selalu impi jadi kaya. Aku dulu lebih pentingkan duit dari cinta. Aku yang sekarang, impi cinta bahagia. Aku yang sekarang lebih pentingkan cinta dari duit.



Aku dah berubah, dia pun dah berubah.











Terima kasih la pada beberapa orang yang sangat selalu menemani aku di saat hati berombak-ombak ni. Thanks to Vita n Chik. Aku syukur bertemu ngan diorang berdua ni. X putus-putus beri nasihat n semangat.





Aku dah kena bina balik diri aku. Aku kena cari balik diri aku.





Siapakah aku sebenarnya?









Hanya tuhan saje yang tau.





Di hari ini, aku mulakan hidup baru