Friday, April 29, 2011

Baldi Musykil

Okay. Lepas masak dan makan, aku pun gi la besen nak cuci mangkuk-mangkuk ni kan. Kat besen tu dah ada baldi orang. Aku pun angkat la letak tepi sebab nak guna besen tu.

Lepas basuh, aku terpandang kat baldi tu. Baldi tu buat aku termenung kejap. Aku pun gi amik gambar dan upload.



Bila tengok je baldi ni, aku rasa sangat musykil. Sini blok lelaki okay. Aku pun fikir beberapa kemungkinan bila tengok baldi ni.

Pertama - Kakak punya baldi. Atau pun adik pompuan punya baldi. Dia pun guna la untuk basuh baju kan. Atau..

Kedua - Pinjam member pompuan punya baldi. Hmmm...ada ke laki pompuan kawan cenggitu? Musykil. =.=

Ketiga - Tertukar baldi kat dobi. Disebabkan baldi sama biru. Dia pun terlepas pandang. Balik bilik je baru sedar, "eh eh, salah baldi lak". Ataupun lepas seminggu baru sedar. Tapi takkan la dia nak guna dobi kalau nak basuh guna tangan kan? Musykil. Musykil. =.=

Keempat - Terjumpa baldi tu kat tepi longkang. Atau memana. Mungkin ada pompuan tertinggal baldi tu kat luar. Pastu ada pompuan lain main bola sepak sampai baldi tu masuk kawasan lelaki. Lelaki bertuah ni pun ambil dan hargai keemasan yang ada. (em....entah la)

Kelima - Mungkin dia curi. Dia minat gila kat sorang pompuan ni. Bila ada peluang je, dia cepat-cepat curi baldi tu senyap-senyap. Sampai je bilik, fuh betapa gembiranya dia dapat baldi wanita idaman dia. Hari-hari tidur pun peluk baldi tu. Basuh baju dengan baldi tu, makan nasi dengan baldi tu, bangun setiap pagi je cium baldi tu. (euwwww....) =.=

Keenam - Mungkin dia sengaja tulis nama pompuan tu kat baldi tu. Disebabkan dia sayang gila-gila kat awek dia, dia pun tulis la nama kat baldi dia. Supaya hilang letih bila tengok nama dia kat baldi tu bila basuh baju. (peliknya. Tapi sweet gak) >.<

Ketujuh - Ada pompuan menyamar jadi laki dan tinggal di blok laki. Pergh. Sapekah gerangan halnya?

Pada pendapat korang ar, yang mana ek...ke ada pendapat lain?

Day One : 10 Things About Me

One : Suka main game. Buat masa ni suka main fiesta dan counter strike. Fiesta ialah game MMORPG online. Walaupun game USA, ramai budak Malaysia main tau.

Two : Alergi makanan laut. Masa first time kena, doktor kata, "Nasib baik cepat bawa jumpa saya. Kalau x, dua jam lagi nak mati." Cuk.......kena suntik. ARrrrr. xD

Three : Sangat suka programming. It's so awesome. :D

Four : Suka baca komik. Komik grafik Malaysia dan jepun punya. Lawak ke, cinta ke, fantasi ke, layan~~~

Five : I looked like chinese. Ada yang kata jepun. Ada yang kata korea. For me, it's okay. I like it. :P

Six : Suka duduk bilik je. Malas nak keluar sebab x suka nak bazir duit.

Seven : Baju-baju semua baju aktiviti je. Malas ar nak beli baju lain. Baju aktiviti je pun dah banyak.

Lapan : Mata gatal. I like boobs so much. Badan sape yang slim dengan booby dia molek, fuh. Kalau dengan muka comel, fuuuuh. I like~~ :D

Sembilan : Very short memory. Yang baru kenal tu gerenti lupa di kemudian hari.

Sepuluh : Rabun silau tinggi. Lagi terang cahaya persekitaran, lagi x nampak. Masa malam-malam, bila kereta lalu je mesti x nampak apa-apa terus. Memang x boleh drive malam ar. X nampak.

Thursday, April 28, 2011

Kontroversi Open Minded




Bagi aku, open minded ni memang la bagus. Tapi kan, kena la bertempat. Dan setiap sesuatu tu kena ada hadnya.

Wednesday, April 27, 2011

Hantu Kepala Paip




Pada beberapa belas tahun yang lalu, seorang wanita tinggal sorang-sorang di Johor, di kawasan pedalaman yang agak baru. Iaitu, di Taman Flora Heights, Pasir Gudang.

Wanita ni namanya Yani. Dia selalu ulang alik dari kerja dengan berjalan kaki seorang diri. Dari rumah ke tempat kerja ada dalam 3 kilometer. Jalan tu ada lampu yang berfungsi, dan ada gak yang x berfungsi. Kiri kanan memang hutan je. Setakat ular je, memang aku pun x hairan. Tapi sampai harimau bintang pun ada orang pernah jumpa. Beruk tu, tengok diorang ar nak lepak mana.

Yani orang Melayu, sangat cantik dan manis orangnya. Entah kenapa dia boleh selamba gila naik turun bukit ke rumahnya dengan penuh selamba. Ada ke wanita berani gila macam tu? Memalam lak tu.

Disebabkan beberapa orang yang selalu lalu situ dan terpesona dengan Yani, ada yang mula pasang niat jahat.

Tiga orang laki ni dah plan jahat dah. Malam tu, Yani pun lagi sekali balik rumah seorang diri. Laki bertiga tu pun culik la Yani, dan rogol Yani tu puas-puas.

Disebabkan takut kantoi, diorang pun potong la badan Yani ke beberapa kerat. Lepas tu, bungkus dan buang di tempat pengumpulan sampah di atas bukit.

Entah bila, akhirnya ada orang jumpa mayat Yani. Memang sangat bersimpati dengan Yani. Punca pembunuhan memang diketahui. Memang diketahui yang Yani telah dirogol sebelum dibunuh selepas pemeriksaan mayat dibuat.

Akan tetapi.....antara kerat-kerat mayat yang dijumpai, kepala je yang xde.

Kalau korang pergi tanya orang-orang lama Taman Flora Heights, diorang tau pasal kes perjumpaan badan mayat ni. Dan kalau korang tanya orang-orang lama di Flatlet sebelah SMKBSA, diorang tau pasal 'hantu kepala paip'. Flatlet tu terletak 3km dari Taman Flora Heights tu.




.............................



Kamil merupakan seorang pelajar SMKBSA. Dia tinggal di Taman Flora Heights. Dia pun ada dengar la cerita pasal perjumpaan mayat tanpa kepala tu. Dia selalu gi sekolah naik basikal atau jalan kaki. Kalau basikal pancit atau rantai terkeluar ke apa, dia pun terpaksa la jalan kaki.

Kamil tinggal sorang-sorang. Mak dia tinggal di tempat yang jauh, kerja dan hantar duit kat dia tiap-tiap bulan untuk sara hidup. Kamil pun call la mak dia.

Kamil minta mak dia hantar duit lebih, sebab dia cadang nak sewa rumah di flatlet sebelah sekolah tu. Senang sikit. Xde la penat sangat nak study. Lagipun tinggal dua bulan nak SPM. Mak dia setuju. Dia pun gi la cari rumah sewa, dengan pertolongan pakciknya.

Lepas dapat sewa rumah, dia belum lagi pindahkan barang. Lepas sekolah dia terus gi tidur di rumah tu kosong-kosong untuk satu malam. Tapi malam tu sangat pelik.

Kamil terdengar bunyi kucing dalam rumahnya. Bunyi tu seolah-olah datang dari dinding. Seolah-olah dinding yang buat bunyi meow meow. Macam nak panggil Kamil. Kamil rasa sangat pelik dan bingung. Rumah tu kosong. Apa pun xde dalam rumah tu. Dah bersih. Ada beg dia je. Dia tidur atas tikar yang baru beli.

Kamil pun tidur. Dia mimpi yang dia sedang berada di depan sesebuah gua. Sekeliling gua tu hutan. Langit masa tu kuning oren warnanya. Entah nak subuh ke nak maghrib.

Kamil pun masuk la gua tu. Dia tengok tepi-tepi gua tu penuh dengan tengkorak. Dan Kamil merasakan seolah-olah ada sesuatu yang sedang bercerita dalam kepalanya.

Tiba-tiba dia terbangun. Tengok-tengok dah tiga pagi. Dia terus gi buka lampu. Dan dia rasa pelik. Macam ada sesuatu yang cuba memanggil dia dari tandas. Pastu dia pun buat bodoh. Dia fikir kena tidur cecukup sebelum sekolah pagi nanti. Dia pun sambung tidur balik.





.............................




Lepas sekolah, dengan pakciknya, Kamil pindah beberapa barang keperluan ke rumah sewa. Lepas selesai, dia pun turun kejap nak lepak-lepas minum air semua tu.

Pastu ada beberapa orang budak ni tanya, "abang baru pindah sini ke?". Kamil pun mengiyakan soalan budak tu. Budak tu tiba-tiba bagi amaran, "Bang kena jaga-jaga bang. Blok ni ada hantu kepala paip. Lagi-lagi kat tingkat tiga hujung tu".

Kamil pun pelik. Memang situ la yang dia sedang tinggal. Sebelum ni penyewa ada kata, rumah tu dah bertahun-tahun lama xde orang sewa.

Tapi itu cerita budak je. Kamil pun buat bodoh.

Kamil pun tidur la di rumah sewa tersebut. Lagi sekali, dia didatangi mimpi yang sama. Dan bangun pukul tiga pagi. Tapi dia buat bodoh. Dia x percaya hantu semua tu. Karut sangat bagi dia.

Pada malam ketiga, dia didatangi lagi mimpi yang sama. Dia pun bangun lagi sekali pukul tiga pagi. Tapi dia terkejut. Tiba-tiba ada sorang pompuang dalam baju kurung putih menangis-nangis sebelah dia. Kamil x nampak muka dia, sebab ditutupi rambut.

Tiba-tiba Kamil terbangun semula. Rupanya tadi tu mimpi. Dah ada perkembangan la pulak mimpi dia. Jam menunjukkan pukul tiga pagi. Dia pun terasa lagi macam ada panggilan dari tandas. Tapi kali ni siap ada bunyi air menitik-nitik.

Dia pun pergi la tandas tu dan tutup pili air ketat-ketat. Tandas tu, tangki air besar terletak di atas kayu. Bawah siling air tangki tu. Kamil rasa macam ada panggilan dari tangki air tu. Tapi dia rasa takut sangat nak pandang atas. Dia pun tutup je tandas tu dan sambung tidur semula.

Pada malam keempat, sebelum tidur, dia tulis kisah seram yang dia alami dua tiga malam ni. Semasa menulis, Kamil rasa seolah-olah ada orang di sebelah tengah tengok apa yang Kamil tulis. Bulu roma Kamil agak meremang masa tu. Tapi dia x berani toleh ke sebelah dan tengok. Dia tengah rasa sangat takut.

Kamil pun tutup mata dan baca al-fatihah, al-ikhlas, dan memacam dalam hati. Lepas rasa redha je, dia pun gi tidur. Lampu x tutup pun.




.............................




Di malam yang seterusnya, mimpi yang sama datang lagi. Bangun pada tiga pagi lagi. Dan, bunyi air menitis lagi sekali di tandas.

Dia pun gi la kat tandas tu. Masuk tandas tu dan cuba tutup pili air tu. Tapi pili air tu memang dah ketat. Tiba-tiba....

"Splash....." (bunyi air tumpah)

Kamil pun basah. Air dari tangki atas dia tumpah. Dia pun pandang atas. Dia pun pelik macam mana tangki tu boleh dijatuhkan ke tepi dan tumpahkan air tu.

Dia terasa-rasa ada panggilan dari dalam tangki tu.

Dia pun pergi ambil tangga dan panjat nak tengok apa yang ada dalam tangki tu.

Kamil sangat terkejut. Dia terjumpa kepala yang hampir tinggal tengkorak je, dan rambut-rambut panjang yang melekar-lekat di dasar tangki.

"Selama ni aku mandi, cibuk semua guna air mayat ke????"

Kamil pun lapor polis. Siasat apa yang berlaku. Rupa-rupanya kepala arwah Yani di situ. Dan kes ditutup.

Melalui polis Kamil dapat tau. Dulu, ketiga-tiga pembunuh tu akhirnya berjaya ditangkap. Diorang selalu buat aktiviti hisap dadah kat rumah tu. Di rumah itu la diorang diberkas.

Entah apa motif laki bertiga tu letak kepala arwah dalam tangki. Pelik betul.

Rupa-rupanya selama ni arwah Yani nak minta tolong Kamil supaya jumpa kepalanya. Setiap yang terjadi pasti ada sebabnya.


**p/s : cerita ni hanya la rekaan semata-mata. Xde kaitan dengan sesapa. Haha. :P

Tuesday, April 26, 2011

Pendidikan Seks




Semasa kerajaan nak lancarkan pendidikan seks untuk kesedaran pelajar, aku macam antara setuju dan x setuju. X tau nak kata apa.

Tadi masa teringat balik zaman sekolah aku dulu-dulu, aku terus sedar. Pendidikan seks tu sememangnya x patut. Sangat x patut.

Masa aku masih kecil sekolah rendah dulu, aku x kenal seks. Aku sangka pompuan laki semua sama je. Semua ada konek. Cuma pompuan punya tetek lagi bulat, pompuan punya suara lagi lembut. Pompuan bersifat lagi lemah lembut. Itu je yang aku tau.

Sampai la aku darjah lima. Aku mula dengar sekolah larang peredaran CD lucah. Aku x tau pun CD tu apa, lucah tu apa. Bila tanya kawan-kawan, DIORANG PUN X TAU OKAY. Yang pernah nampak CD tu lak, diorang pun x tau apa itu lucah. Yang diorang tau, ada gambar laki pompuan bogel kat CD tu.

Lepas tu, kenal dari bahasa kasar. Bila gaduh kan, orang selalu guna bodoh, bangang, sial, bahalul, babi, bla bla bla. Sampai la ada orang guna 'pantat' sebagai bahasa kasar. Aku memang x tau amende pantat tu kan.

Aku pun tanya la kat kawan sorang ni. Pantat tu amende. Tanya budak baik memang diorang pun x tau. Aku pun tanya la budak yang memang selalu ditangkap guru disiplin sekolah.

Dia kata pantat tu tempat masuk. Aku pun x faham langsung. Amende yang masuk? Dia kata, pompuan punya tu ar. Bawah tu. Tempat kencing. Aku masa tu kan x tau apa-apa. Aku pun debate ngan dia, kata kepala otak dia pompuan xde kote. Susah ar hidup kan.

Gaduh gaduh gaduh lagi, dia pun kata x tau kenapa. Mungkin sebab sunat masa lahir. Aku pun fikir, kesian gila pompuan. Kena sunat sampai tinggal lubang je??? Aku dan dia pun turut rasa simpati dengan pompuan. Patut la suara jadi lembut gitu ek. Sebab dah hilang konek. Bengong betul.

Aku pun tanya lak kakak dia. Kakak dia pun x tau camne dia punya sebelum sunat sebab dia terus sunat masa lahir. Tapi memang pompuan punya berlubang. Aku pun tanya balik, "pasti ke? Mana la tau kau sorang je kena sunat sampai berlubang. Pompuan-pompuan lain mesti ada konek."

Dia pun jawab balik, "entah la. X pernah tengok orang lain punya. But if u wanna see mine, u have to do it with me."

Aku : "Do? Do what?"

Dia : "Do. Do. U know, do. Do with me."

Aku : "Do what? Apa dia? Nak buat apa?"

Dia : "Buat tu la. Nak x?"

Aku : "Amende lak tu? Tak boleh terang ke?"

Dia : "Tak boleh. Tapi kalau nak tengok aku punya, u have to do it with me."

Aku masa tu naik menyiarap. Malas nak layan dia terus. Aku masa tu memang x tau apa-apa. Bila aku fikir balik sekarang, ruginya. Lawa gila kot dia tu.

Sampai la tingkatan tiga camtu. Aku selalu pelik setiap kali waktu rehat kat sekolah. Ramai member-member aku duduk kat tangga, tengok tetek setiap pompuan yang lalu. Kalau ada tetek besar je, semua fokus gila. Aku memang x paham langsung. Amende la diorang ni. Apa la sangat tetek tu. (sekarang baru aku tau. Pengaruh cerita lucah semua tu)

Masa tingkatan tiga gak la keluar lak term baru. Macam biasa la, selalu je bosan-bosan sebab cikgu xde. Aku pun berbual la dengan sorang kawan ni. Sabtu Ahad masa lapang biasanya apa. Kata dia bosan gak. Tidur la. Dengar radio la. Lagu la. Tapi yang bestnya bila xde orang kat rumah, sebab boleh 'melancap' lelama dalam toilet.

Aku masa tu blur gila. X tau amende melancap tu. Kata dia, 'alah kau ni. Yang gosok-gosok tu la". Aku pun tanya la, gosok apa? Kata dia, "konek tu hah. Sampai keluar. Best gila tau masa pancut".

Aku pun naik pelik. Best ke main gosok-gosok? Aku pun tanya la dia belajar dari mana. Dia kata, dengar citer cara buat tu dari kawan.

Aku pun tanya la lagi satu soalan yang aku blur gak. Sampai 'pancut'? Pancut tu amende kan? Dia kata, air mani. Aku pun pelik air mani tu apa. Dia kata yang putih-putih tu. Air tu sangat melikat. Dia pun suruh aku cuba lancap sendiri kalau nak tau sangat. Aku memang buat bodoh je. Benda-benda pelik ni kerja orang gila je bagi aku.

Masa tingkatan empat, masa tengah aku mandi, aku teringat balik pasal lancap yang aku bualkan dengan aku tu. Aku pun cuba la sendiri gosok-gosok. Baru gosok sikit je dah XXXXXXXXX. Gila ar. Tembakan lagi jauh daripada kencing kot. X terkawal aku. Merata-rata, habis siling cermin semua kena. Terpaksa la aku cuci tandas terus. Rasanya sangat..omg. Laki je la tau.

Masa dah beli buku rujukan sains SPM, aku pun overview la keseluruhan isi buku tu. Tengok gambar je. Pastu ada pasal kemaluan laki dan pompuan. Dari situ la baru aku tau yang pompuan punya memang berlubang. Tapi aku tengok gambar tu lukisan je. Entah yang betul camne rupanya. Aku pun mula la misi mencari CD lucah.

Pergi kedai CD, ada je jual. Aku pun beli satu. Balik rumah dan tengok bebetul. Dari situ la aku baru mula terpengaruh minat seks.

Aku masa nak SPM baru tau okay. Kerajaan boleh lak nak didik budak sekolah tentang seks. Memang x patut.

Berdasarkan pengalaman aku, aku x akan gatal mata tengok tetek pompuan, punggung pompuan, x akan kenal nafsu seks semua tu, kalau aku x pernah tengok CD lucah, x pernah tau cara melancap semua.

Dalam alquran pun ada kata, jangan sesekali mendekati zina.

Bagi aku, lagi sesuai pendidikan seks ni untuk pasangan yang dah berkahwin yang nak tau camne nak buat anak. Cerita seks ke, video seks ke, cara buat seks ke semua tu memang patut dihapuskan.

Semua ni barat punya pasal la.

Ada sorang adik pompuan kawan aku ni, baru dalam darjah satu dan dua. Dia dah macam adik aku gak. Masa tu aku sekolah lagi.

Dia okay dan baik je. Sampai la satu masa tu, dia cerita kat aku, dia ada tengok satu cerita orang asli tu, buat 'tu'. Aku pun tanya la, apa benda yang 'tu'? Dia x tau nak terang.

Dia kata nak buat ngan aku. Aku pun tanya la buat apa? Dia terus buka seluar dan nak duduk atas aku. Dah la ada abang dia, mak bapak dia masa tu. Mak bapak dia pun malu. Tapi xleh nak salahkan diorang gak sebab diorang x sangka yang cerita orang asli tu ada adegan seks.

Aku fikir balik, biasa la. Budak-budak. Mesti la nak dapat apa yang dia nak.

Dari situ la, kesannya cerita lucah. Nak DIDIK lagi???? Seriously shit man. Aku memang x setuju langsung dengan Pendidikan Seks.

Monday, April 25, 2011

Draft


Okay. When i look back my list of drafts, dah 75 draft aku x publish. Hahahahahaha.

Well, memang sebab segan. Orang yang baca blog bukannya stranger je. Yang kenal pun ada yang usha.

Aku sendiri pun suka usha member punya blog. Lagi menarik.

Okay. Sambung study.

"study study study study study study study study"

Sunday, April 24, 2011

Night Thought




I need to straight up myself. Always bump aside from what i'm supposed of. Open the book, and read it. Not wondering around and waste the gold

Sunday, April 17, 2011

Plan Cuti



Kalau boleh, cuti ni nak duduk chalet, bebaring tepi pantai setiap pagi dan petang. Barbeque setiap malam. Main kejar-kejar dengan awek setiap pagi dan petang. Makan sushi setiap tengah hari. Tengok anime di pawagam setiap masa lapang. Sampai la cuti habis. Fuh. Kan best kalau camtu. Angan-angan.. ^^

Aku fikir, best gak amik sem 3 dan lepak main game tengok anime semua tu. Memang nikmat woo. Macam tengah cuti paradise gak ar.

Kalau kerja, bosan. Gaji pun bukannya beratus ribu ringgit sehari. Kalau ada, aku okay je. Tapi macam susah nak cari. Hmmm. Angan-angan.. ^^

Beli satu kereta Porsche, bawa jalan-jalan pusing selama satu hari nonstop. Best gak. Em, sewa satu hari pun jadik ar. Berapa ek? Hmm. Angan-angan.. ^^

Ataupun, buka buku JAVA, study JAVA je sepanjang cuti. Fuh. Best gak. Emm...belajar Flash actionscript dulu pun okay gak. Hmmm. Antara dua-dua tu ar. Kalau dapat buat something nanti mmang best. =D

Ataupun main belajar masak macam-macam. Kalau macam tu, memang kena duduk rumah. Ada dapur, senang sikit. Hmmmm. TEngok ar.

A. E. I. O. U. nak buat apa cuti ni ya. Aku rasa, amik sem 3 je ar. Nanti esok aku apply. Yeah~~ =D

Friday, April 15, 2011

Paradise


Tengah buat komik sebenarnya, tapi penat. Nak rilek dulu. Disebabkan scanner aku kat rumah, aku lukis je la guna Microsoft Office. Haha. Sebab malas nak install Adobe Photoshop kat laptop ni. Takut selalu hang nanti.

Lagi dua paper nak habis. Enjoy gila ar.

Tengah tengok citer Kurosagi. Cerita pasal penipu. Gila realistik ar cerita tu. ^^

Tuesday, April 12, 2011

Maturity?



Monday, April 11, 2011

diari 11 april 2011


Sungguh letih. Arrr. X sempat jawab semua. Haih. Agak gila sikit la soalan. Expect orang hafal semua. Aku lupa sikit. Harh....

Penat sungguh. Sempat cover separuh je. Jawab pun separuh ar jawabnya. Tapi itu pun ada beberapa yang lupa. Arrr. Harap lulus je. Sakit kepala.

Lusa lak exam. Aku rehat je la untuk malam ni. Penat woo.

Pagi tadi aku tengok citer 'i'm not single'. Aku sangka citer omputih, rupa-rupanya citer melayu. Overall, okay ar for me. Baru aku kenal sape Suri Lisa. Sebelum ni asyik dengar nama dia je. Kenal nama dia je sebab orang selalu sebut. Dalam movie tu baru kenal. Memang comel. Ada lagi satu awek tu, lawa gak. Mixed rasanya. Unik ciri-ciri fizikalnya.

Malam ni, rehat dan kedebuk. Esok baru study untuk exam lusa. Hurh. Ya tuhan, berikan la aku kekuatan. Penat la. :/

Saturday, April 9, 2011

diari 9 apriL 2011


X dapat study. Penat kot. Kena rilek kejap. Fuh. Baru habis tengok anime "Ika Musume". Memang comel watak dia. Last-last, sedih gak. Anyway, aku rasa terdorong sikit dari situ. Nice. :)

Whatever we have achieved or get, the most important thing is, the people we have around us. Heart is happy coz of people. Well, that is what i learned and live as my view and perspective.

Khamis lalu, aku gi lepak bilik member kat kolej lain, saje nak memain dengan binatang-binatang dia. Aku dah pulangkan hamster dia. Jadi, aku datang ni sebenarnya nak jumpa Bubu dan Mimi semata-mata. Rindu. Dah macam anak-anak aku je, aku asyik teringat-ingat.

Aku dah sampai je, kawan aku tu nak keluar, teman kawan dia gi interview. Aku fikir-fikir balik, aku pun join je la keluar sekali. Sebab aku jarang sangat keluar. Sekali sekala ar keluar tengok dunia kan.

Keluar je, rupanya nak gi casting. Dengan baju buruk, seluar slack dan selipar aku pakai masa tu, kawan aku suruh try gak. Gila ka???? Tujuannya nak support kawan dia je sebenarnya. Tapi dah dia nak aku dan kawan aku ni try sekali, kami pun try sekali. Tapi memain je ar. Xde ready apa pun.

Gi sana naik kereta. Pergh. Aku naik bengang sebenarnya masa tu. Bengang bila tengok cara catatan map dia untuk gi sana. First time gi, memang la x tau kan.

Kalau aku, aku google map dan print map tu terus, atau lukis map tu simple-simple atas kertas. Tapi cara catat dia nak tau apa??????

- ke jalan XXXX, dalam 1.4km, kiri ke jalan XXXX sejauh 400m belok kanan, ke jalan XXXX sejauh 5,6km belok kiri.

Aku tengok je notes dia tu masa tu, macam nak koyak je. Nak tengking sound dia dengan teruk. MAcam tu ke dia nak cari jalan???? Tapi aku diam je. Aku cakap kat dia bebaik, "Lain kali, lukis la map tu. Senang sikit". Pada hal, kalau ikutkan hati, nak aje aku gigit leher dia terus. Grrrr.

Jalan kat sana memang pening. Dah stop beberapa kali tanya jalan, setiap orang bagi jalan yang lain-lain. "Jalan terus sampai petronas...", pada hal xde petronas pun. "Jalan sampai highway...", sampai kawasan perumahan ada ar. Bengong-bengong semua. Nak aje suruh member aku tu gi langgar diorang terus. X pun campak diorang masuk sekolah rendah.

Akhirnya sampai. Isi borang dan buat casting. Hahahaha. Aku x tahan nak gelak bila tengok kawan aku buat muka masa casting.

Anyway, amoi yang amik gambar tu sangat comel dan seksi. Segan gila aku. Em...dia suruh buat ekspresi muka dan badan bila marah, sedih, gembira, dan macam-macam. Aku memang x boleh act la. Dah biasa jujur sangat. X reti nak buat muka. Haha.

Hmmm..masa untuk sambung study semula. :>

Wednesday, April 6, 2011

otAku leisure


Beberapa hari lalu, aku tengok cerita 'Densha Otoko'. Cerita pasal otaku nak couple dengan sorang awek kaya ni. Otaku ni maksudnya orang yang gila anime. Sampai kumpul banyak figures, patung, game, poster, macam-macam. Sampai pakai cosplay pun ada, sampai kahwin dengan anime pun ada. Pelik, tapi itu la kehebatan fantasi buatan jepun.

Aku memang la minat gila gak dengan anime semua tu. Tapi disebabkan terhad nak capai tahap otaku di Malaysia. Nak pakai baju cosplay, susah gak nak cari. Kalau ada pun limited edition. Figures pun sikit je la yang jual.

Whatever it is, memang xde masa dan duit sangat nak beli game ke DVD cosplay figures semua tu. Setakat cari free download atau watch online je ada ar. Hmmm. Lagipun, cosplay kat Malaysia ni x jadi sangat la. Tukang jahit kena betul-betul pakar.

Nak beli DVD atau figures ni mahaL ar. Tengok harga sekali terus x jadi. Belum fikir dua kali pun. Haih.

Otaku~~ otaku~~ otaku~~ ^^