Saturday, November 26, 2011

google+, social netwOrk baru

Okay. Sekarang ni dah ada social network baru lak. Google+. Aku baru register. Kalau nak join, klik sini.

Pada pendapat aku, google+ ni lagi bagus sikit dari facebook sebab kita boleh add friend ikut kategory. Friends ke, family ke, artist ke(aku add sendiri). Nanti senang sikit. Kat wall post senang sikit nak tengok friends punya je, atau family punya je. Atau artist punya update je.

So, dalam google+ ni ada beberapa wall mengikut kategori-kategori yang kita ada. Contohnya, wall friends, business, family, artist. So, apa yang aku post kat wall friends, friends je boleh tengok. Apa yang aku post kat family, family je boleh tengok.

Baru la best :) Aku memang prefer google+ berbanding facebook.

Sebelum ni, aku asyik susah je nak post dengan bebas dengan kawan-kawan aku kat facebook sebab parents aku asyik tegur sini tegur situ. Aku x suka la. Xde privasi sangat. Kawan aku pun takut nak post kat wall aku, sebab takut parents aku tengok.

Jadi, facebook macam kurang privasi dah bila dah add parents as friend, atau rakan sekerja as friends, especially boss. Kita mesti la ada privasi tertentu. Ada benda kita boleh share dengan kawan je, bukan rakan sekerja. Ada benda kita boleh share dengan kawan je, bukan family. Ada benda kita share dengan family je, bukan kawan. Sebab tu la dah makin restricted, iaitu makin x bebas kita nak post apa yang kita nak. Mesti fikir pasal beberapa faktor yang perlu diambil kira.

Jadi, google+ ni la penyelesaiannya :)

Cuba la. Kalau boleh, add la aku sekali. Kalau sudi :3

No comments: