Saturday, June 23, 2012

cari sape untuk jodoh?

Okay. Aku selalu dengar pompuan kata, kena la cari laki yang soleh, baik innocent perfect semua tu.

Pada hal, kalau dalam al-quran, cuma laki yang diingatkan supaya cari pompuan yang 'macam perfect' berdasarkan empat perkara, iaitu harta, keturunan, rupa, dan agama. So, sebenarnya, laki yang kena cari pompuan yang perfect, bukan pompuan yang kena laki perfect.

Nak tau apa sebabnya? Ini pendapat aku je ar.

1. Pompuan keras kepala. Sebagus soleh mana pun laki dia, kalau pompuan tu teruk, nak x nak laki tu terpaksa akur. Sebab xleh nak ubah. Sebab memang tulang belakang pompuan tu bengkok. So, kalau pompuan tu teruk, laki terpaksa ikut teruk sekali ar. Sebab, pompuan keras kepala. Pompuan je yang sentiasa betul.

Kalau pompuan keras kepala pasal tegakkan agama, bagus. Untung la laki. Sesama ke arah kebenaran. Tapi, kalau pompuan tu keras kepala pasal maksiat dan benda-benda buruk? Macam x nak pakai tudung, x nak solat semua tu. Hah. Habis la anak pompuan pun ikut gak, so lakinya, masuk x masuk, confirm kena TARIK gak masuk neraka. Bahaya, bahaya.


2. Pompuan sentiasa betul. So, kalau agama pompuan tu teruk, kata pompuan patut ada freedom la ni la apa la. So x guna la laki tu soleh camne pun. Gaduh pup pap pup, tuduh laki tu pemarah la, fikir x sehaluan la, xde chemistry la, apa-apa alasan ar, terus cerai. Kalau x, eh eh, patut ke si laki soleh tu ikut sesat ngan pompuan tu? Menegakkan kejahilan? No way.


3. Pompuan teringin macam-macam. Biasanya pompuan sanggup buat memacam untuk dapatkan materials, harta dunia. Nak nampak updated ngan trend kekonon, nak rasa cool dan comel. Memang la bagus, tapi biasanya memaksa si laki keluar duit, ada yang sampai bankrap pastu minta fasakh terus. Kejam tu. Pompuan yang camni xkan jamin kesejahteraan keluarga. Kalau pompuan tu berharta, well, senang la laki.

So, bila pompuan tu baik agamanya, mesti laki tu senang nak jaga agamanya. Bila pompuan tu teruk agamanya, laki tu akan jatuh agamanya, ataupun kekal kalau dapat. Itu pun dengan susah hati. Asyik fikir pasal dosa yang akan ditanggung. Mesti x aman, selalu  gaduh, dan berkemungkinan besar untuk cerai.




Macam mana sifat seorang pompuan tu sangat la penting. Sebab biasanya laki SANGGUP berubah untuk pompuan tu.




Tapi, keadaan keluarga pompuan tu pun penting gak. Aku pernah la, jumpa ngan sorang awek tudung ni. Cantik, ini itu, kira perfect ar. Tapi bila aku jumpa ayah dia je. Pergh. Teruknya. Terus x jadi aku nak couple ke lamar ke apa. X nak aku dapat keluarga camtu nanti.


So, wahai kaum hawa, perbaiki la diri mu.Sesungguhnya korang la punca dosa pada suami atau ibu. Jangan harapkan laki yang soleh kalau diri sendiri x nak. Sebaik-baiknya yang baik untuk yang baik.

2 comments:

fadh leyanie said...

itu sikap pompuan gediks,haha,mmg keluarga penting lagi2 keturunan,knape dgn ayah awek tu?ketua kumpulan dragonball ke.

gr@wn said...

ada ar :p