Sunday, July 31, 2016

Diary Of Today

Aku x akan kira cinta tu sebagai cinta pertama, sebab dia x cintakan aku balik, Dia sentiasa bersama laki lain sepanjang bersama aku. Dia x pernah setia pada aku, Dia x ikhlas bersama aku. Dia cuma nak pergunakan aku.

Biar la cinta pertama aku ini bersama isteri pertamaku nanti :)

Xde benda yang perlu aku sesalkan. Semua duit aku tu kena la dia bayar balik. Well, selama 6 tahun aku jaga dia, makan minum sewa dia, semua barang hantaran kahwin aku tu, kena la dia bagi balik. Banyak sangat tu....padan muka dia la kalau x dapat bayar balik. Tuhan Maha Adil ya. Dia bole bahagia sementara je tipu aku ni. Dia dah kira berhutang ngan aku semua yang aku dah bagi.


Well now, aku dah rasa lebih baik. Aku masih muda. Alhamdulillah akhirnya Tuhan tunjukkan kesemuanya. Masih belum terlewat. Sempat aku bertaubat dan kembali serah diri padaNya.

Lain kali aku jumpa dia, aku x akan percaya setiap perkataan dia. Memang semuanya tipu belaka. Aku x akan maafkan dia n x akan halalkan semua yang telah aku beri.


..................................................................................................................................................

Kali ini aku lebih bersemangat :) Terima kasih pada sahabat-sahabat yang muncul di saat kejatuhan aku ini. Mereka banyak nasihat n beri semangat untuk bangkitkan aku semula. Terima kasih tidak terhingga kepada Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Kekal, lagi Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Terima kasih kerana masih memberikan aku peluang, hidayah, untuk aku sedar dan kembali sujud padaMu.



Aku telah pun bertemu seseorang, diperkenalkan oleh seorang kawan baik :) Alhamdulillah, dia duduk dekat je. Hari-hari ada je aktiviti bersama :)


Hari-hariku menjadi lebih baik dari sebelumnya ^_^




Minnie dah boleh ngam dengan Mickie. Mickie semakin kuat makan. Tapi Minnie pula yang makin gemuk. Pelik =.=


Bulu Minnie kuat gugur sekarang. Sebab dah bunting kot. Sekarang nak sentuh perut dia pun dia x bagi. Alahai comelnya.




Kali ini, sasaran hidup aku - nak kekal jaga solat. Nak khatam quran sekali setahun. Nak tunaikan haji. Nak kahwin yang bahagia n kekal.


Lepas tu apa ya? Hmmm...... oh ya. Nak kurus n bina badan. Heeee :D

Ada masa nanti nak lawat ayah. Jumpa kawan lama.

No comments: