Thursday, July 10, 2008

Bab 1


Di petang itu, aku melihat kanak-kanak sedang riang bermain. Tolehku, keindahan taman tasek yang sedang ku lepak. Sambil terkenang, ku berjalan menuju pulang ke rumah semula. Terkenangkan setiap detikku yang lepas, betapa sukar dan fantastiknya hidup diriku...


..............................................................................................................................................................................

Namaku Khairy bin Ayadi. Aku tinggal di Menjalara. Umurku 8 tahun. Hampir setiap petang aku pergi bermain bersama kawan-kawan. Main baling-baling selipar, kejar-kejar, besbol, dan macam-macam lagi. Kawan-kwanku ialah Icap, Daud, Bean, dan Din. Kawanku yang Bean tu rupanya betul-betul macam Mr Bean. Sebab itulah kami selalu mempermainkannya. Tapi kan, bahaya gak. Dia berani main pisau kalau marah. Pernah sekali, semasa aku dan kawan-kawan datang ke rumahnya, kami dari depan rumah dapat lihat pergaduhan yang sedang hangat antara Bean dengan adiknya. Gaduh punya gaduh, adik dia guna stail `flying kick' ala-ala Power Ranger sekali, habis dia jatuh. Hahaha.. Kami di luar tergelak-gelak apabila melihat cara si Bean tu jatuh. Kelakar sungguh. Dia dengan muka merahnya terus pergi ke dapur. Kami pun sedang memuji-muji adiknya yang sama-sama minat Power Ranger. Dia berjaya. Gaduh pasal apa ntah. Tiba-tiba abang dia, Bean muncul. Dengan pisau dapur kali ni. Dah agak melampau, kami yang nak cuba tolong pun tak berani, sebab dia ada pisau, kita... Ada tangan kosong je. Si Bean tu cuba tikam adik dia, tapi adik dia berjaya tangkap tangannya, dan sedang cuba elakkan mata pisau tu daripada kena kat dia. Masa itu kami ada kesempatan nak tolong sebab adik Bean tu dah pegang tangan Bean yang berpisau itu. Tapi, malangnya. Pagar kunci. Sampai terjatuh adik Bean dalam cubaannya menahan tikaman abangnya. CHAPPP!!!!... Sama ada kami nak percaya atau tidak, memang dah depan mata kami darah di baju dan mata pisau tu. Menangis-nangis adik Bean tu. Tiba-tiba Bean pergi ambil kunci rumah dan buka pagar. Dengan selamba tapi muka marah. Siap bawa pisau lagi kat tangan dia. Kami pun, lari.... Mak Bean dah sangat marah, memanggil-manggil dia dari rumah. Nak wat camne, dia sedang kejar kami. Nasib baik Bean lembab, kami lari panjat pokok, lompat sana, lompat sini, lepas ada peluang je, kami lari sekuat hati dan balik rumah dan terus kunci pagar rumah secepat mungkin.


Pada hari selepas itu, aku pergi jumpa kawan-kawan aku. Sudah tak nampak kelibat Bean dan adiknya lagi sejak hari itu. Aku pun dah lupa apa yang telah berlaku selepas itu. Tapi kenangan itu tetap menyeronokkan. Kami sudah berbincang untuk cuba main sesuatu yang mencabar seperti saat cemas berkejar dengan Bean. Haha...


Kami memanggil diri kami ninja Turtle. Di sebelah kawasan perumahan kami ada bukit yang tinggi. Sangat tinggi. Kami pun pergi la pagi-pagi selepas semua penduduk selesai joging. Kami naik bukit dan daki bukit dengan cara yang sangat bahaya. Sampai la kami betul-betul sampai puncak bukit, kami rasa sangat seronok nak menikmati keindahan suasana dari bukit itu. Dari bukit itulah kami dapat lihat menara KL dan menara berkembar KL. Kami juga dapat melihat banyak kawasan pembinaan dan pembangunan. Sebaik sahaja kami puas dan selesai, kami turun semula dan balik ke rumah. Walaupun banyak luka kat badan dan sampai koyak-koyak pakaian, kami merasakan diri kami ni kuat macam ninja turtle. Sebaik sahaja sampai ke rumah, aku senyap-senyap lari masuk ke tandas terus.



Semakin hari semakin banyak kes-kes yang berlaku di kawasan perumahanku. Kes pecah rumah, kes culik, dan kes hilang basikal. Eh, eh.. Oh ya. Basikal abang aku pun habis kena sebat. Macam-macam betul.


Semasa aku, abang aku, dan kawan-kawan aku sedang balik rumah, tiba-tiba ada tiupan angin yang best datang. Ada sesuatu yang sedang datang. Kabur-kabur macam lutcahaya. Puting beliung rupanya. Habis gerai jual kuih di tepi jalan. Semua payung besar, kuih, pasir semua diterbangkan ke atas dan jatuh merata-rata. Nampaknya puting beliung itu sedang menuju ke tasik. Ysng lagi best, ada dua tiga lagi puting beliung kat depan. Memang berangin betul tempat aku. Best. Cuma, jangan sampai puting beliung yang mencecah langit itu sudahlah. Aku pun ikut terbang nanti. Haha..



..............................................................................................................................................................................



Semua itu telah berlalu. Kini aku berumur 16 tahun. Sebaik sahaja aku sampai ke rumah, aku terus masak nasi, lepas itu sayur, telur, dan ayam. Macam biasa, menu yang sama je setiap malam. Aku selalu teringin nak masak sesuatu yang kelainan sikit. Takkan la maggi, nasi goreng, mihun goreng, sushi, gitu-gitu je setiap hari. Nak makan luar pun bergantung pada selera. Suka sangat pandang harga. Adoi. Haha..


Hidupku yang seorang diri ini pada mulanya memang seronok. Macam dah dewasa. Masak sendiri, cuci baju sendiri, kemas rumah sendiri, tidur, tonton televisyen.. Kalau nak keluar, aku keluar aje. Biarpun sudah dua tiga pagi. Seronok sungguh hidup aku. Tapi kan, lama kelamaan, aku tertanya-tanya semula pada diriku. "Bagaimana semua ini terjadi? Aku seorang je..."


Bila aku fikir dan fikir, aku sendiri bersetuju dengan emak untuk tinggal sendiri di sini. Tapi aku tak tertanya kenapa aku perlu tinggal bersendirian. Pasti ada banyak perkara yang telah berlaku. Cuma, aku yang tak tau. Macam ada banyak kisah misteri di sebalik latar belakang keluargaku. Apa yang menyebabkan aku perlu ditinggalkan hidup berseorangan? Dengan selamba aku teruskan hidup tanpa tertanya-tanya di mana perginya udang di sebalik batu.


Mengikut cerita emakku, ayahku meninggal sejakku berumur 2 tahun. Emakku terpaksa kerja bertungkus lumus untuk menyara hidupku dan abang-abangku. Sampailah emakku ditakdirkan menemui pasangan baru dan kahwin, dia meninggalkanku dan abang-abangku untuk pergi tinggal di rumah suaminya yang baru di luar negara. Dia berjanji akan menghantarkan kiriman wang.


Sepatutnya aku sedang tinggal bersama kedua-dua abangku. Tapi apakan nasib, abangku ingin menyambung pelajaran di tempat yang lebih jauh. Terpaksalah aku tinggal bersendirian. Jadi, beginilah kisahnya. Jikalau aku kongsi dengan rakan sekelas, mereka hanya tahu menikmatinya seperti sebuah kisah drama yang menarik di televisyen. Ada juga yang tidak percaya dan menganggap perkara itu mustahil berlaku dan rekaan semata-mata. Aku sendiri begitu. Tapikan percaya atau tidak, aku memang sedang berada dalam cerita itu.


..........................................................................................................................................................................





..........................................................................................................................................................................


No comments: