Saturday, January 15, 2011

diari 15 januari 2010




Uwarh. Panas dah laptop ni. SebeLum aku tutup, sekaLi sekaLa ar aku tuLis bLog sekejap. Hmmm.....tetiba x terLayan bLog langsung. WeLL, biasa ar. Busy. Lagi pun, mata ni dah x tahan nak asyik ngadap laptop je.

Syok betuL layan game fiesta. CAkap je pasaL study, haih. Ada tiga subjek susah ni. Subjek sains la susah. Adoih. Lama giLa kot nak baca. Dah baca topik lain, lupa lak topik lama. Entah camne nak study subjek sains ni.

DuLu aku kuasai subjek sains ni dengan banyak latihan dan membaca. Nak membaca habis satu kaLi pun banyak giLa, apatah la puLak nak uLang-uLang? Xde latihan lak tu. Adoyai. MenyesaL lak amik sains. Ingatkan senaNg. Nak buat camne kan. Kena terus pandang ke depan. X sanggup aku nak pandang beLakang baLik.

Subjek lain tu xde la risau sangat. Haih. Asyik cLash je subjek-subjek aku ni. Ada dua tiga cLash setiap minggu. Susah betuL. Asyik tukar jaduaL dan tempat je pensyarah-pensyarah ni. Aku terus cLash sini, cLash sana. Lecehnya. Asyik kena ubah-ubah jaduaL. haih..

KaLau diikutkan, lima subjek je kena study. Ish. JaduaL x terikut baLik dah. CAmne ni ek. Aku kena baiki pengurusan diri.

Couple dengan awek ni, asyik macam nak gaduh je. Nasib baik toLeransi awek aku ni sangat tinggi. Susahnya nak kawaL perasaan curiga dan cemburu. Kena sentiasa bersama. Lecehnya. Adoyai.

Awek kata, aku kena beLajar jadi tegas. WeLL, cakap pasaL tegas, aku x pernah fikir langsung. Maksudnya, tetap pada pendirian? BerdisipLin? Hm....aku rasa, lagi aku faham kaLau dimaksudkan dengan disipLin.

Okay. Aku kena tegaskan diri supaya ikut jaduaL harian aku tu. ASyik main je kerja. Bahaya. Subjek-subjek sem ni sangat susah. PaLing susah rasanya, sebab semuanya dah sangat mendaLam dan sangat banyak menghafaL, faham, dan uLangan. Aku dah lewat ni. Patut muLa cepat.

Tapi yang seLaLu mengganggu aku daripada ikut jaduaL harian aku iaLah kemampuan untuk tidur pada waktu maLam. Asyik tidur pagi je. Pastu, kemaruk aku main game. Kena kawaL ni. Dah terLampau sangat dah. Game, game, game. Ntah apa-apa. BUkannya untung apa-apa. Emm.....boLeh gak ar kurangkan stres study. Tapi dah keterLaLuan main game sebab x sentuh buku dah ni. Sampai berbLogging dan facebooking pun x terLayan.

Budak persatuan nak buat aktiviti. Haih. Koke pun dah muLa. Susahnya. Di samping study pun ada aktiviti sampingan yang....boLeh ar. Patut dikatakan ringan. Nasib baik aku dah x join koir artisukma, x join fakuLti, x join karisma, x kerja, dan apa-apa yang lain.

Setakat asyik masaLah air dan internet ni, xde apa sangat. Em....JPA pun dah masuk. Aku kena save bebaik. Nak beLi kereta. Susahnya nak kumpuL. Haih.

Hari ni je aku dah bazir RM19. Kuatnya makan aku ni. Tapi badan aku ni dah nampak makin kurus. Pada haL dah makin maLas nak exercise. Tadi main tenis pun, pergh. Lemahnya stamina aku. Teruk la kaLi ni. Makin x sihat cara hidup aku. Asyik masak maggie je. MaLAs nak turun. Kemaruk sangat dengan game. Nak mandi pun asyik xde air.

FAcebook dan bLog ni bagus. Dapat bimbing awek aku ni sedikit sebanyak. aceh.. macam layak je aku nak bimbing. Itu la hakikatnya. Dia lagi jauh daripada aku. Tapi xpe. Mari kita saLing ubah mengubah dan maju ya, sayang. Muah. Hehe. :)

Awek aku ni kan, sangat cepat berubah biLa dengan aku. Aku dah hampir x kenaL dan susah nak terima. Iya la. SemaLam asyik liar macam ni, liar macam tu. Lepas tegur terus jadi okay dan mengikut kata. Apa ni. Nak kata bagus memang la bagus. Cuma, rasa makin x kenaL la puLak. Senang berubah. Takut x kenaL langsung terus nanti. Memeninngkan betuL.

Itu la hakikatnya. Pompuan cepat berubah. LeLaki tetap sama je. LeLaki berubah pun ikut event je. Lepas tu, sama baLik. KaLau pompuan..fuh. Kejap harimau, kejap panda, kejap nyamuk. Susah betuL nak kenaL diri dia yang paLing update.

Dia dah kenaL sangat aku. Aku lak, aduh aduh....dia tu kejap kejap, macam ni. Kejap kejap, macam tu. Ntah apa apa. Penat ar.

Eh eh, asyik membebeL pasaL awek je. Biasa la. Sepanjang masa teringat dan terfikirkan dia. Sape yang coupLe tu pun faham-faham la.

Hari ni hari sabtu. Huih. Tidur ar kejap. Lagi 10 minit nak subuh ni.