Wednesday, March 23, 2011

diari 23 Mac 2011


Beberapa hari lepas gempa bumi dan tsunami di jepun, mak call. Dia kata semuanya okay. Tapi kalau apa-apa berlaku, mak amanahkan aku supaya jaga abang aku. Itu je yang mak aku fikir di saat-saat gitu. Well, time goes on.

Bebaru ni aku asyik letih je. Tidur je lebih. Bukannya ada apa pun. Mungkin sebab sangat kurang aktiviti. Jadi, badan aku pun rilek-rilek je.

Bila aku fikir-fikir balik, memang bagus la kerja part time masa dulu. Hari-hari aktif je. Ingatkan sekarang boleh lagi fokus study. Tapi hakikatnya....lagi malas ada ar.

Ada assignment belum buat ni. Haih. Kena buat. Jumaat ni dah deadline.

Aku plan nak study macam kerja. Setiap 9.00 am, gi study kat luar. Memana ar. Library ke, koridor kolej ke, memana je. Jangan kat bilik sudah. Aku dah berminggu-minggu cuba study di bilik je, x berkesan langsung. Hmm. Jadi, aku plan nak 'kerja' setiap pukul 9.00 am hingga 5.00 pm bila xde kelas pun.

Malam lak rehat dengan baik. Hmm. Menarik la hidup harian nanti. Seimbang kerja dan rehat. X terlebih rehat atau x terlebih kerja. I should have start this lifestyle earlier.

Bila fikir balik perkara-perkara lepas, aku akan rasa puas dah dengan apa yang aku dah pernah capai. Tapi itu akan membuatkan aku rasa cukup dan malas untuk gerak. Baik aku fokus pada yang aku sedang nak capai. Ni, xde apa pun yang aku fokus ni. Asyik rehat dan lepak je kerja. Bahaya camni. Lingkup arah hidup aku nanti.

Okay. Sekarang aku nak dapat result bagus untuk exam. Study untuk exam. Well, just think positif. X payah nak negatif dan bukan-bukan. Aku dah happy dengan tunang aku. Xde apa yang aku nak alasankan. Aku sangat hargai kekuatan yang aku ada sekarang. Jadi, mara, mara la aku ke depan. (muah. Sayang tunang aku sesangat)

Dalam minggu ni nanti aku nak mula bela hamster. Well, jagakan untuk kawan je. Tadi masa nak main pegang-pegang hamster, aku dapat rasa beberapa masalah psikologi yang sedang dihadapi hamster tersebut. Aceh. Macam la aku pakar psikologi. Tapi ada je beberapa orang yang takut dengan kemampuan psikologi aku. Well, sebenarnya, psikologi tu sama je maksudnya dengan 'memahami'. Bak kata jOwin, 'understanding'.

Cakap pasal psikologi ni je, aku ada member yang amik subjek psikologi. subjek tu lebih kepada kajian statistik. Hmmm....well, memang menarik la aku nak baca buku psikologi ni. Tapi tunggu dulu ar. Study untuk exam dulu.

Okay then. Time for breakfast. Yummy yippie. :)

2 comments:

shaerin syazwan said...

hehe , kenapakah dgn hamster e2 ?

anyway , goodluck 4 ur exam !

haip2 ,xmo malas2 ~

gr@wn said...

terima kasih. :)

Hamster tu nak rasa tempat yang lebih luas, nak rasa makanan lain-lain, nak jumpa lebih ramai kawan.

Ni asyik dalam kurungan je, makanan yang sama, sorang-sorang lak tu.