Saturday, April 9, 2011

diari 9 apriL 2011


X dapat study. Penat kot. Kena rilek kejap. Fuh. Baru habis tengok anime "Ika Musume". Memang comel watak dia. Last-last, sedih gak. Anyway, aku rasa terdorong sikit dari situ. Nice. :)

Whatever we have achieved or get, the most important thing is, the people we have around us. Heart is happy coz of people. Well, that is what i learned and live as my view and perspective.

Khamis lalu, aku gi lepak bilik member kat kolej lain, saje nak memain dengan binatang-binatang dia. Aku dah pulangkan hamster dia. Jadi, aku datang ni sebenarnya nak jumpa Bubu dan Mimi semata-mata. Rindu. Dah macam anak-anak aku je, aku asyik teringat-ingat.

Aku dah sampai je, kawan aku tu nak keluar, teman kawan dia gi interview. Aku fikir-fikir balik, aku pun join je la keluar sekali. Sebab aku jarang sangat keluar. Sekali sekala ar keluar tengok dunia kan.

Keluar je, rupanya nak gi casting. Dengan baju buruk, seluar slack dan selipar aku pakai masa tu, kawan aku suruh try gak. Gila ka???? Tujuannya nak support kawan dia je sebenarnya. Tapi dah dia nak aku dan kawan aku ni try sekali, kami pun try sekali. Tapi memain je ar. Xde ready apa pun.

Gi sana naik kereta. Pergh. Aku naik bengang sebenarnya masa tu. Bengang bila tengok cara catatan map dia untuk gi sana. First time gi, memang la x tau kan.

Kalau aku, aku google map dan print map tu terus, atau lukis map tu simple-simple atas kertas. Tapi cara catat dia nak tau apa??????

- ke jalan XXXX, dalam 1.4km, kiri ke jalan XXXX sejauh 400m belok kanan, ke jalan XXXX sejauh 5,6km belok kiri.

Aku tengok je notes dia tu masa tu, macam nak koyak je. Nak tengking sound dia dengan teruk. MAcam tu ke dia nak cari jalan???? Tapi aku diam je. Aku cakap kat dia bebaik, "Lain kali, lukis la map tu. Senang sikit". Pada hal, kalau ikutkan hati, nak aje aku gigit leher dia terus. Grrrr.

Jalan kat sana memang pening. Dah stop beberapa kali tanya jalan, setiap orang bagi jalan yang lain-lain. "Jalan terus sampai petronas...", pada hal xde petronas pun. "Jalan sampai highway...", sampai kawasan perumahan ada ar. Bengong-bengong semua. Nak aje suruh member aku tu gi langgar diorang terus. X pun campak diorang masuk sekolah rendah.

Akhirnya sampai. Isi borang dan buat casting. Hahahaha. Aku x tahan nak gelak bila tengok kawan aku buat muka masa casting.

Anyway, amoi yang amik gambar tu sangat comel dan seksi. Segan gila aku. Em...dia suruh buat ekspresi muka dan badan bila marah, sedih, gembira, dan macam-macam. Aku memang x boleh act la. Dah biasa jujur sangat. X reti nak buat muka. Haha.

Hmmm..masa untuk sambung study semula. :>

No comments: