Saturday, December 3, 2011

Kalau Aku Pompuan, Part 1 - 10 perkara tentang aku

Hmm. Tujuan aku buat post ni adalah untuk tunjukkan setakat apa yang aku paham tentang pompuan. Ada lima part.

Kalau Aku Pompuan, Part 1 - 10 perkara tentang aku
Kalau Aku Pompuan, Part 2 - 10 perkara tentang aku dengan kawanku
Kalau Aku Pompuan, Part 3 - 10 perkara tentang aku dengan familyku
Kalau Aku Pompuan, Part 4 - 10 perkara tentang aku dengan pakweku
Kalau Aku Pompuan, Part 5 - 10 perkara tentang aku dengan suamiku

Kalau korang nak buat gak, aku sangat galakkan. Kalau korang laki, buat la "Kalau Aku Pompuan". Kalau korang pompuan, buat la "Kalau Aku Laki". Nanti bagi link tau kalau buat. Nak baca. =D



Okay. Untuk hari ni, aku bagi 10 perkara tentang aku kalau aku pompuan. =P

1) Aku gila shopping. Sebab memacam stail pakaian pompuan yang ada kat shopping. Mesti la aku nak beli baju baru hampir setiap bulan. Nak pekena memacam stail. Rasa macam artis skit nanti :P

2) Aku akan jadi sangat pembersih. Iya la. Setiap kali haid nanti aku kena la bagi bersih diri aku bebetul. Malu nanti kalau orang lain bau. So, secara tak langsung, dah terjadi tabiat aku untuk kekalkan kebersihan diri aku. Bau aku bila datang haid sangat la....euwwwwww.

3) Aku akan pekenakan kotex setiap hari. Kalau x, entah berapa seluar dalam aku terpaksa buang, sebab kesan darah x tanggal bila datang haid. Haih. Senangnya kalau jadi laki kan. (eh eh, macam la aku ni pompuan. Hahaha)

4) Aku akan pakai tudung nak gi memana. Tudung tu aku pakai ke depan sikit. Supaya dapat lindung muka aku dari sinaran cahaya matahari. Boleh la aku jaga muka aku. Lagipun, senang sikit nak pegang earphone kat telinga bila dengar lagu. Yang lagi bestnya, tak kantoi aku nak dengar lagu masa dalam kelas. hehehe... =P

5) Aku x akan berani keluar memalam. Bahaya sesangat. Dah la aku ni lawa. Body langsing pulak tu. (aceh. Macam la aku ni pompuan. Hahaha)

6) Aku akan jaga cara pertuturan aku. Aku akan cakap dengan tatabahasa yang baik dan cantik manis caranya. Ini akan membuatkan harga diri aku ni nampak high, tambah-tambah lagi dengan kecantikan aku. Auwwww~~~ =D

7) Aku akan pakai tutup-tutup. Biar orang x nampak rambut body aku ni camne. Pakai tudung dan baju labuh semua. X nak la pakai jeans ke, baju ketat-ketat tu semua. Macam la aku ni murah sangat. Ingat aku nak senang-senang bagi laki lain tengok? I am not that cheap okay. Badanku rambutku hanyalah untuk suamiku yang tersayang... (aceh. Hahaha!)

Biarlah suamiku je yang terpesona dengan kecantikanku dengan free hair aku dan body aku. Aku x nak bagi laki lain, yang tak muhrim tu tengok. Sebab takut nanti tergoda lelaki yang lemah iman. Aku nak kahwin dengan laki yang kuat iman, bukan yang lemah iman. Kalau aku dah kahwin pun nanti, memang la aku tetap nak tutup gak rambut body aku. Aku tak nak wujud laki lemah iman lain yang akan mengganggu rumahtangga aku.

8) Aku nak try memacam stail rambut bila kat rumah atau bilik. Ponytail, coloring, rambut pendek, panjang semua. Semua stail artis aku nak cuba =D

9) Aku akan selalu buat catwalk je bila kat luar. Fulamak....hebatnya aku. Hahaha xD

10) Aku terpaksa ada dua phone. Satu phone khas untuk keluarga je. Satu lagi phone untuk abaikan beribu-ribu mesej harian dari laki-laki yang tak dikenali.

No comments: